Pelakon Lufya Omar menerusi laman Instagramnya ada meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Lanaa Haura.
Lufya turut berkongsi satu keratan video yang diambil sebelum dia bertolak menuju ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah.
“Saat paling sed1h tinggalkan anak yang masih kecil.
Berat rasa nk tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana. Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah❤ .
Baru sampai di Makkah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. ”
“Melihat video yang diambil oleh adik fya buat bertambah rindu dengan Haura. Tambah lagi di sini ramai parents dari seluruh pelusuk dunia membawa anak mereka utk merasai pengalaman berada dalam Tanah Haram ini. Comel2 anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya, ada yang digendung ibunya dan sebagainya. ”
“Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura.. Fya tengok takde la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Makkah cuma penat sikit la. Waktu time mengelilingi kaabah je kita kena buat sendiri sebab t4kut najis anak kan. Kene ada yang jaga sebentar sementara melengkapkan 7 pusingan mengelilingi kaabah kemudian saie dan tahlul boleh bawak anak dalam stroller.”
“Apa yg fya nak sampaikan ni kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi lufya bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih dari segalanya. ”
“Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya. .
Adakah anak ini akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau m4ti? ”
“Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya? Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang. ”
“Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik. .
Tolong aaminkan 🤲🕋’, tulisnya panjang lebar.
Menjengah di ruangan komen, oarang ramai mula memberi reaksi masing-masing.
Sumber: Instagram Lufya Omar
Leave a Reply