Indonesia Hentikan Usaha Menyelamatkan Kapal Selam KRI Nanggala, Ini Sebabnya

JAKARTA: Indonesia menghentikan usahanya untuk menyelamatkan kapal selam tentera yang tenggel4m di perairan Bali dan mengorb4nkan semua 53 anak kapal, kata tentera laut hari ini.

KRI Nanggala 402 hilang pada April lalu ketika dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan t0rpedo secara langsung.

Sebuah kenderaan selam penyelamat kemudian menemukan kapal selam buatan Jerman itu terdamp4r di dasar laut di kedalaman lebih 800 meter, pecah kepada beberapa bahagian dan mengesahkan tiada harapan untuk menemukan anak kapal yang terselamat.

Kapal penyelamat China dihantar untuk membantu usaha mengangkat kapal selam itu.Bagaimanapun, tentera Indonesia hari ini berkata, mereka akan menamatkan operasi itu selepas satu pertemuan dengan tentera laut China.

Dalam satu kenyataan ringkas, tentera laut Indonesia berkata, usaha menyelamat itu ‘bukan tugas yang mudah’ dan ‘sangat beris1ko’ tanpa memperincikannya.

Katanya, usaha itu sudah dilakukan selama sebulan bagi menyelamatkan ‘peralatan penting’ dari kapal yang pecah itu, namun keputusan untuk menghentikan operasi bermakna tiada peluang untuk menemukan may4t m4ngsa.

“Keluarga kami berharap mereka dapat membawanya naik,” kata bapa kepada seorang anak kapal, Sudarmaji kepada AFP hari ini sebelum pengumuman itu.

“Tidak kisah jika ia mengambil sedikit masa atau kita perlu meminta lebih banyak bantuan dari negara lain,” katanya.

Sebelum itu, tentera memaklumkan, magnet berkuasa tinggi dan belon udara adalah antara pilihan untuk membawa naik kapal selam itu.

Tidak pasti bila atau jika laporan mengenai punca kemal4ngan itu akan didedahkan kepada umum. – AFP

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : https://www.bharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.