TeIatah AIisa Aisyah Main Siap Ekspresi Muka, “AIaa mata dia tu”

Anak kedua kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan telatah comelnya. Alisa Aisyah yang juga adik kepada Yusuf Iskandar ini turut memiliki rupa paras comel dan cukup bijak.

Lihat sahajalah video-video telatah si cilik ini bila dimuat naik di Instagram, tak kurang dari 500 ribu mesti ditonton oleh pengikutnya di laman sosial tersebut. Malah laman sosialnya itu turut mencatatkan 1.2 juta followers, wow!

Baru-baru ini video telatah Alisa Aisyah main permainan telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan Alisa sedang bermain permainan pengisar makanan. Namun apa yang membuatkan orang ramai ‘geram’ bila si cilik ini membuat ekspresi muka sambil bercakap yang dia menekan butang di pengisar mainan tersebut.

Berikut adalah rakaman telatah Alisa Aisyah main siap ekspresi muka ini yang dikongsikan di laman Instagram milik si cilik ini:

Alahai bijak betul! Siap dengan ekspresi muka siap dengan mata kedip-kedip lagi! Perkongsian ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 200 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Alaa mata dia tu”

Alisa aisyah bermain 3

“Perlu ke cakap dengan penuh gaya. Geram betul”

Alisa aisyah bermain 2

“Hahahahah Sambil cakap sambil kelip mata..Alisa jangan cepat besar tau”

Alisa aisyah bermain 1

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.