Melaram Duduk Dalam Rumah je, Netizen Mengucap Panjang SeIepas lntan Najuwa Muatnaik Video Berpakaian Ketat

Meskipun perlu duduk di rumah berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), situasi itu tidak menghalang pelakon Intan Najuwa untuk tampil cantik dan bergaya.

Menerusi laman Instagram, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik reelsmemaparkan dirinya tetap berhias dengan mengenakan beberapa jenis ‘outfit’ pelbagai warna.

Menerusi kapsyen, pelakon berusia 24 tahun itu bertanya warna pakaian mana yang menjadi kegemaran peminat dan pengikutnya sehingga meraih lebih 2,200 komen orang ramai.

“Which one is your fav colour?,” soalnya ringkas.

Rata-rata netizen memuji bentuk badan langsing pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu yang seolah-olah menjadi ‘body goals’ idaman bagi segelintir kaum wanita.

“Pinggang PKP sis”

Bila la nak kurus macam ni

Semua warna cantik!

Bentuk badan idaman ni!

Bagaimanapun, tidak kurang ada juga individu ‘mengucap panjang’ apabila melihat fesyen berkenaan selain bertindak untuk menegur Intan yang kini dilihat imejnya semakin seksi berbanding sebelum ini.

Ketat betul…

Jangan hanyut dengan pujian dunia!

Dulu tak macam ni pun?

Akhir2 ni asyik tunjuk kaki keding je?

Terdahulu, Intan tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas tunangnya Razrul Anwar Rusli selepas mengesahkan mereka sudah membawa haluan hidup masing-masing.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.