“Power ni..” – Azman Naim kongsi pengalaman ‘surprise’ kedai kopi, reaksi akhir TMJ mmg..

Nama Azman atau lebih dikenali dalam Instagram dengan nama Azman Naim 44 Mantra berkongsi satu hantaran klip durasi pendek.

Azman menulis mengenai pengalaman nya bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ). Kali ini difahamkan olehnya ingin ‘surprise’ sebuah kedai kopi.

Jom lihat penulisan daripada halaman Instagram Azman:

Semalam (4 hb sept 2021) Saya sekali lagi dipanggil mengadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim @hrhcrownprinceofjohor (https://www.instagram.com/hrhcrownprinceofjohor/) .
Kali ni, amat santai..”

“Dari semalam sebelumnya, Tunku ada nyatakan hasrat & niatnya kepada saya yang dia nak datang & support satu gerai Kopi di Kg Melayu Majidee, Kopi Rakyat JB. Tunku nak ‘surprise’ semua orang yang ada di situ..”

“Tunku dan Saya bergerak ke lokasi tanpa Escort dan Siren dengan menaiki kenderaan yang tak ada apa2 lambang Istana (kelihatan macam kenderaan awam)..”

“Sampai saja di lokasi, Tunku dan Saya beratur macam biasa. Oleh kerana Tunku dan Saya pakai mask, maka tak ramai orang perasan pada mulanya. Ada yang perasan, tapi macam konfius dan tak percaya..”

“Ramai orang beratur di situ nak beli coffee dan takoyaki. Hampir setengah jam Tunku dan Saya berdiri beratur sambil Tunku bercerita pada saya tentang Kg Melayu Majidee ni ibarat ‘Childhood Playground’ bagi dirinya..”

“Tunku juga berkata pada saya, Bagaimana sekelip mata keadaan telah berubah. Semua kena Pakai mask, jaga jarak. Senario Bisnes pun sama, banyak convert to biz online. “The New Norm. Gotta live with it”, Kata Tunku..”

“Seperti biasa, inilah waktunya Tunku dapat beramah dan bergambar dengan rakyat jelatanya..”

“Selesai tapau 9 coffee & beberapa set takoyaki serta selesai bergambar, Tunku dan saya bergerak pulang ke Istana kerana Tunku ada urusan pembayaran zakat bersama Pejabat Agama dan selepas itu Tunku ada mesyuarat di HQ JDT..”

“Tunku juga sebenarnya ada beri sumbangan pada owner Kedai tu. Namun bukan Tunku yang serahkan secara by hand , tapi ADC Tunku yang pass kat Owner tu. (Saya rasa Tunku mesti ma.rah dekat saya bila saya tulis bab ni. Sebab Tunku tak suka menunjuk bab sumbangan ni. Orang Johor mesti tau)..”

“Dalam Kereta, Tunku agak ter.kejut dengan rasa dan Kualiti kopi brader tu..”

“Power ni!” Berulang kali Tunku kata pada kami

“Tunku berkata kepada saya sewaktu perjalanan pulang, Dia berharap semua peniaga dan usahawan di Johor cekal hati dalam menempuh saat-saat getir zaman Co.vid & kegawatan Ekonomi sekarang ni…”

Video dibawah:

Contoh Komen- Komen Menarik Netizen:

Sumber: IG Azman

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.