Berinai Dan Bergambar Di Pelamin, Mimi Lana & Syafiq Kyle D1hujani Ucapan Tahniah

Umum sedia tahu bahawa pelakon cantik Mimi Lana atau nama sebenarnya  Mimi Roziana Zainal Abidin, 25 sememangnya menjalinkan cinta dengan aktor kacak Syafiq Kyle.

Hubungan mereka juga bukan lagi rahsia dan pernah memaklumkan akan membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya tidak lama lagi.

Walaupun tidak memaklumkan bila waktunya, namun ramai yang telah mendoakan agar Mimi dan Syafiq segera mendirikan rumah tangga.

Bergambar di pelaminan

Oleh itu, menerusi perkongsian terbaru aktres tersebut di media sosial, dia telah memuat naik gambar berada diatas pelamin ringkas dengan memakai  henna di tangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Cantiknya Mimi!

Dengan meninggalkan qoute ringkas untuk gambar yang dimuat naik, posting di Instagram Mimi Lana telah dihujani oleh ucapan tahniah oleh kenalan rapat dan para peminat.

Masing-masing mendoakan segala urusannya dan Syafiq Kyle berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah congrats

Tahniah Favouite couple

Bertunang ke?

Hanya raikan pernikahan sepupu

Walau bagiamanapun, Mimi lana telah memuat naik kenyataan dengan memaklumkan yang gambar tersebut diambil semasa meraikan majlis pernikahan sepupu. Dia juga mengucapkan terima kasih dan berharap tidak ada salah faham mengenai gambar tersebut.

Sebelum ini, Mimi Lana ada memuat naik gambar satu pasangan dari arah belakang memperlihatkan seperti dirinya dan kekasih hati sedang melihat pemandangan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.