Goodbye baju XXL, s4kit asm4 pun dah kurang! Pemuda ini turun lebih 30kg tak sampai 6 bulan, ikut kawan Muslim puasa salah satu rahsianya

Perju4ngan jejaka dari Sabah ini untuk menurunkan berat b4dan tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Ronadlo William F. Sipaji, 23, dia berb4dan besar sejak kecil lagi, malah misinya untuk kurus pada tahun 2018 juga g4gal.

Enggan berpvtus asa, dia sekali lagi memulakan proses itu pada Mac lalu sehingga berjaya menurunkan 31 kilogram (kg) dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ron turut berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Sebelum ini berat saya 99.8 kg. Saya mulakan proses untuk menurunkan berat b4dan pada 15 Mac lalu sehingga mencapai berat 68.2 kg pada Ogos.

“Saya pernah cuba pada 2018 tapi tak berhasil. Ditambah pula saya overweight sejak kecil lagi. Tapi percubaan kali ini berhasil.

“Dulu baju saiz XXL, sekarang boleh pakai S atau M. Cuma kalau pakai saiz S, mungkin akan tergantung sikit baju sebab saya tinggi 180 sentimeter (cm).

“Dulu saya ada peny4kit asm4, tapi ia makin kvrang selepas saya turunkan berat b4dan,” dia berkongsi cerita kepada mStar.

Mesra disapa Ron, dia yang berasal dari Penampang banyak mendapat galakan untuk menjalani gaya hidup sihat daripada rakan sekerja.

Selain senaman, Ron juga melakukan kaedah puasa berselang atau intermittent fasting dan turut berpuasa ketika bulan suci Ramadan baru-baru ini.

“Saya sebenarnya tiada plan nak kurus. Tapi dah menjadi budaya di pejabat saya, mereka selalu ajak pergi berbasikal. Awalnya saya pun rasa penat. Tapi lama-kelamaan saya makin selesa, jadi saya teruskan.

“Rakan sekerja yang banyak bagi motivasi. Sebelum ini saya amalkan intermittent fasting. Walaupun saya bukan Muslim, saya turut berpuasa dengan kawan-kawan Muslim pada bulan Ramadan. Setiap hari timbang, saya tengok turun berat b4dan.

“Saya juga selalu berbasikal selepas kerja pada hari Jumaat. Pada hari minggu saya juga akan joging 10km seawal pvkul 5 pagi,” ujarnya yang kini bekerja sebagai penjawat awam.

Menurut graduan diploma Pemasaran dari Politeknik Kota Kinabalu itu, dia turut mendapat sokongan padu keluarga sehingga berjaya mendapat berat badan ideal.

Paling penting, kena ada sasaran. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat

RON

Dalam pada itu, Ron juga tak menyangka video transformasi fizikal yang dikongsi olehnya di TikTok berjaya meraih perhatian netizen.

Selain itu, dia turut dihujani pelbagai mesej yang bertanyakan petua dan r4hsia untuk menguruskan b4dan, tak kurang juga komen-komen yang memuji rupa parasnya.

“Saya pun terkejut, sekadar suka-suka saja kongsi video itu. Saya tiada niat nak viral. Cuma nak bagi inspirasi pada orang.

“Ramai yang direct message (DM) minta pendapat dan nasihat,” ujar jejaka Kadazan itu.

ron2

Foto transformasi fizikal Ron.

Jelas Ron lagi, usaha untuk kvrus bukan dibuat untuk orang lain, sebaliknya untuk kepuasan diri sendiri sahaja.

“Ia bermula dengan diri sendiri. Overweight tak semestinya tak sihat atau tak gembira. Tapi bila dah timbul rasa nak kvrus, ia pasti datang dari diri anda sendiri.

“Itulah cara kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Paling penting, kena ada sasaran. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat,” ujar anak pertama daripada tiga beradik itu.

Komen netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.