Baru je rakyat terima bantuan BKC. Sekali Tengku Zafrul ded4h ada satu lagi bantuan yang rakyat akan dapat.

B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) sejak tahun 2021. Bantuan ini juga akan diagihkan kepada golongan B40 dan M40 bagi kategori isi rumah dan bujang. Manakala, bayaran dibuat mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi fasa 1, bayaran telahpun dilakukan pada 24 Februari lalu dan fasa ke-2 telahpun dilaksanakan pada 7 Mei 2021.

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan atau kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki. Klik untuk semak kelayakan :

https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Baki Bayaran BPR Fasa 3

Isi Rumah

Merupakan pasangan yang telah berkahwin atau terdiri dari ibu atau bapa tunggal atau b.alu atau janda atau duda yang mempunyai anak atau yang belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan U.paya (0KU) yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

Merupakan individu bujang atau ibu atau bapa tunggal atau b.alu atau janda atau duda yang tiada anak. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan bagi individu kategori 0KU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

Kategori Isi Rumah BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah). Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR atau MyKAS.

Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah. Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid). Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam atau Swasta.

Kategori Bujang BPR

Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia. Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan). Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu 0KU.

Kaedah bayaran BPR 2021

Berjaya kredit ke akaun bank, pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pmohon atau pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR  2021 secara berperingkat. Tunai di kaunter BSN, pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021 atau Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.

Semak status kelayakan BPR 2021

Untuk menyemak status kelayakan BPR fasa 3 anda, sila semak dilaman web rasmi bpr. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, BPR fasa 3 iaitu merupakan pembayaran fasa terakhir berjumlah RM 2.32 b.ilion akan mula diagihkan pada akhir bulan ini. Bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan kelak oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam rayuan BPR terima BKC selepas peroleh keputusan

Mereka yang dalam tempoh rayuan B.antuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima B.antuan Khas C0vid 19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan B40 adalah berdasarkan data lulus BPR, memandangkan mereka masih berada dalam tempoh rayuan.

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima b.antuan ini. Kredit : HPT/Astro

Alhamdulillah ini yang ditunggu tunggu oleh rakyat. Terkini Bpr tambahan telah dikreditkan kepada penerima.

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

Apa itu BPR Tambahan

BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Syarat Kelayakan BPR Tambahan

BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan. Jadi penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOMATIK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.

Nilai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima : Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500. Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300. Bujang : BPR Tambahan RM100

Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021. Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara Semakan

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. Tekan Semak.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN. Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Kanak-kanak JKM untuk golongan B40.

FAQ & Soalan Lazim

Berapakah BPR tambahan untuk orang bujang? Orang bujang yang berkelayakan akan dapat RM100. Bagaimanakah cara permohonan BPR tambahan ini? BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.

Berapakah BPR Tambahan untuk isi rumah? Keluarga yang berkelayakan akan dapat RM300 – RM500 tambahan. Bilakah pembayaran BPR Tambahan? BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kelak. Sila rujuk website ini untuk maklumat lebih lanjut. Sumber : https://www.portalmalaysia.com/bpr-tambahan/

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.