Kenali DILRABA DILMURAT, Wanita Etn1k Uighur Tercantik Di Asia

Satu dunia tahu akan kezalim4n parti komvnis di China terhadap masyarakat Muslim Uighur di kem tahanan Xinjing.

Mereka diz4limi dan ditind4s dengan pelbagai cara tanpa sebarang perikemanusia4n. Namun cerita mengenai penind4san etnik ini seperti dicvlik, dis3ksa, dir0gol, dibunvh, dipisahkan daripada keluarga dan bermacam-macam cara lain seperti tidak diperkatakan sangat oleh media massa dunia.

Itu sehinggalah munculnya aktres China bernama Dilraba Dilmurat ini yang telah membuka mata dunia akan kecantikan wanita etnik yang ditind4s ini.

Dilraba dikurniakan sepasang mata bundar yang cantik dan sememangnya memiliki raut wajah sempurna. Kadangkala dia kelihatan manis, kadangkala juga boleh kelihatan ‘fierce’.


Dilraba yang lahir pada 3 Jun 1992 sudah beberapa kali dimasukkan ke dalam carta wanita tercantik dunia. Pada tahun 2018, I-Magazine pernah menobatkan beliau sebagai wanita tercantik di Asia.

 

Kalau korang hendak tahu, makna nama Dilraba Dilmurat adalah ‘cantik menawan’. Patutlah bersesuaian dengan raut paras pelakon, model dan penyanyi ini.

Dilraba bukan sekadar cantik saja tau, dia juga fasih bertutur bahasa Uighur dan khabarnya sedang mempelajari bahasa Korea dan bahasa Thai. Ini sekaligus menaikan populariti Dilraba di kalangan peminat luar negara yang mengagumi keinganannya mempelajari budaya masyarakat negara lain.

Sejak kecil, Dilraba sudah meminati dunia seni. Memetik laporan Hotpot TV, ketika Dilraba berusia tujuh tahun, dia sudah meminta ibu bapa menghantarnya ke kelas piano, violin, gitar dan kelas tarian.

Dilraba mula mencipta nama sekitar tahun 2013 dengan menjadi watak utama dalam drama tv Anarhan. Sekitar tahun 2015-2016, namanya semakin menyinar selepas dia membintangi drama bersiri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di acara ENAwards 2016.

Satu lagi anugerah yang diterimanya pada tahun yang sama adalah Pelakon Wanita Baharu Terbaik di China Britain Film Festival menerusi watak dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.

Dilantik Sebagai Jurucakap Jenama Mewah

Dilraba adalah salah seorang duta jenama terlaris di China. Tidak kiralah sama adaproduk makanan dan minuman, makanan ruji, produk kecantikan dan runcit hinggalah produk mudah alih serta produk teknologi. Semua kolaborasi tersebut disambarnya!

 

Dilraba juga menyokong beberapa jenama antarabangsa seperti L’oreal Paris, Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kosmetik mewah Perancis, Clarins. Malah dengar cerita, jenama Whisper P&G telah mengalami peningkatan penjualan produknya setelah Dilraba dipilih sebagai jurucakap mereka.

Walaupun sudah ‘dimanjakan’ oleh layanan jenama-jenama mewah ini, itu tidak bermakna Dilraba membiarkan dirinya terbuai apabila baru-baru ini, China berdepan isu polisi Xinjiang yang menyaksikan pr0tes daripada ramai selebriti termasuklah Dilraba.

Ketika China ditudvh mempergunakan masyarakat Uighur dan kumpulan minoriti Muslim lain sebagai buruh p4ksa di Xinjiang oleh kumpulan hak asasi manusia, Dilraba tidak teragak-agak memutuskan hubungan dengan jenama antarabangsa, adidas yang menggunakan hasil kain kapas dari Xinjiang.

Kenyataan syarikat pengurusan Dilraba mengenai penarikan dirinya daripada jenama adidas menerusi akaun WEIBO rasminya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.remaja.my/