“Hg mtk maaf cpt sgt, darjat Caprice naik mncanak..” – Sharnaaz kongsi mesej diterimanya

Perseteruan di antara Sharnaaz Ahmad dengan Caprice ibarat mencapai titik noktah selepas pelakon itu memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata-katanya kepada penyanyi rap terbabit sebelum ini.

Kata Sharnaaz, sebagai individu yang lebih matang, dia memohon maaf selain mengakui gurauannya terhadap Caprice agak keterl4luan.

“Insya-Allah, saya dengan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang.

“Apa gurauan saya dari awal pada dia di Jordan sampailah sekarang ni mungkin agak keterlaluan dan saya sebagai orang yang lebih matang ingin mohon maaf kepada dia.

“Selebihnya terpulang kepada dia. Biar urusan ini kami selesaikan bersama,” katanya melalui video yang dimuat naik di InstaStorynya.

Namun permohonan maaf Sharnaaz tersebut ternyata tidak di senangi oleh segelintir pengikut beliau

Menerusi entri ‘story’ terbaru Sharnaaz Ahmad, beliau berkongsi mesej yang diterimanya, mesej tersebut tidak bersetuju dengan nya yang memulakan permohonan maaf.

Namun, Sharnaaz ada menjawab balik dengan hanya senyuman dan juga jawapan ‘sabar’.

Terdahulu, pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu mempers3nda Caprice melalui sesi di Instagram bersama seorang pelakon lain.

Sementara itu, permohonan maaf Sharnaaz disambut baik oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli apabila dia menyatakan hasratnya untuk bertemu aktor itu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

“Selamat datang ke Damansara @sharnaazahmad. Pihak kita terima permohon maaf tersebut.

“Saya pun kalau terlebih-lebih tadi, memohon maaf sebab saya pun tak makan tengah hari lagi, lapar.

“Insya-Allah selepas kuar4ntin saya akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama-sama,” balasnya.

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir.

Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata netizen tidak dapat menahan diri daripada ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu.

Video dibawah:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.