Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang – “Saya sangat tegas, g4rang”

MEMILIKI anak yang pintar merupakan satu anugerah tapi memiliki anak yang ringan tulang dan rajin membantu adalah satu kelebihan kepada ibu.

Ini kerana, di usia kanak-kanak, pastinya mereka ingin menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun bermain permainan video sehingga sukar jika si ibu meminta bantuan.

Tampil berbeza, anak lelaki bagi pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, mampu melakukan kerja-kerja rumah termasuk memasak walaupun baru berusia lapan tahun.

Menurusi video berdurasi 19 saat itu, anak sulungnya Hafiy Altamis Haniffa, 11, bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kebolehannya itu meraih lebih 2.1 juta tontonan dan menerima hampir 100,000 tanda suka.

Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terp4ksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.

“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.

“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, t4kut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.

Hafiy tidak kekok menjaga adiknya yang baru dilahirkan.

Hafiy tidak kekok menjaga adiknya yang baru dilahirkan.

“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat g4rang. Anak-anak memang t4kut dengan saya.

“Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.

“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.

Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.

“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.

Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

SITI FAUZIAH MASNAN

“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy str3ss dan sama-sama kemas rumah.

“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.

Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.

“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.

“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.

“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun.

Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya.

Siti Fauziah bersama suami dan anak-anaknya.

“Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.

“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah mervngut letih.

Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.

“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.

“Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Mstar