“Itu Urusan Dia Dgn Tuhan’”- Gara2 Individu Ini Ros4k Nama Abg Viva, Tak Sangka Ini Tindakan Beliau

Melaka: “Biarlah dia nak buat apa. Itu antara dia dengan tuhan,” kata Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva.

Menurut Azwan, 30, dia tidak terkejut dengan kewujudan akaun p4lsu di Facebook menggunakan gambar dan dan identitinya dipercayai bagi memperd4ya orang ramai dengan meminta sumbangan wang kononnya bagi misi bantuan menyelamatkan mangsa banjir ke Terengganu

“Ada rakan yang beritahu saya pasal ini (akaun Facebook p4lsu).

“Perkara ini macam dah biasa, awal dulu ada yang buat akaun p4lsu sebegini. Biarlah… tidak ada kesan pun pada saya,” katanya dihubungi hari ini.

 

Ditanya sama ada hal itu menjejaskan reputasinya, Azwan berkata, dia lebih menumpukan kepada usahanya membantu m4ngsa banjir di negeri terjejas.

Katanya, dia juga tidak bercadang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Imej ini tidak ke manapun, biarlah… itu antara dia dengan tuhan,” katanya..

Kewujudan akaun Facebook p4lsu itu dikesan malam tadi menerusi perkongsian netizen yang meminta orang ramai berhati-hati.

Semakan mendapati akaun itu menggunakan nama dan gambar seperti akaun sebenar, namun ejaan nama Azwan berbeza.

Bagaimanapun, ia dipercayai sudah ditutup apabila netizen menyedari ia akaun p4lsu dan meminta orang ramai berhati-hati.

Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian langsung di Facebooknya memaklumkan dia kini bersama rakan berada di Terengganu bagi misi menyelamat m4ngsa banjir.

Katanya, mereka tiba di Hulu Terengganu pada jam 4.50 pagi hari ini, dan sempat meninjau di beberapa lokasi termasuk di Kampung Pengkalan Ajal, namun difahamkan air bah sudah surut.

Abang Viva dan Mitsubishi Triton tiba di Terengganu

MELAKA: ‘Abang Viva‘ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, selamat tiba di Terengganu awal pagi tadi bagi membantu penduduk di negeri itu yang dil4nda banjir sejak minggu lalu.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia Azwan mengesahkan bahawa dirinya sudah tiba di Pantai Timur menaiki kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang baharu diterimanya, namun, tidak boleh mengulas lanjut kerana sedang dalam misi.

Azwan melalui laman sosial Facebooknya sebelum itu, turut berkongsi keberadaannya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu dengan secara siaran langsung .

“Saya dah sampai Terengganu pukul 4.50 pagi, kalau sesiapa ada info kawasan yang masih tervk boleh kongsikan kerana di sini air dah mula surut,” katanya.

Sementara itu, penonton sesi live tersebut dan salah seorang penduduk turut membantu menunjukkan arah perjalanan ke Kuala Berang yang dikatakan kini terjejas tervk.

“Orang ganu (Terengganu) dah tunjuk jalan, depan sana, okey baik,” katanya.

Dalam siaran secara langsung itu juga, dapat dilihat Azwan menaiki Mitsubishi Triton yang dihadiahkan usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan, bulan lalu.

Dia turut ditemani beberapa individu lain dipercayai kenalannya dan bergerak secara konvoi.

Doa ibu untuk Abang Viva

Walaupun saya tahu dia lasak dan mampu lakukan tetapi jauh di sudut hati bimbang akan keselamatan dirinya.

“Setiap kali terfikir dirinya, saya akan mendoa agar Allah lindunginya kerana sebarang kemungkinan boleh berlakunya dengan keadaan arus deras dan paras air yang tinggi,”

luah Norbibah Hashim, ibu kepada Azwan Omar

Kisah pemuda berusia 29 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Abang Viva membawa bot angin dengan menaiki Perodua Viva ke Selangor bagi menyelamat mangsa banjir mencvri perhatian ramai yang bangga dengan keikhlasan ditunjukkannya.

Menurut Norbibah, 66, dia tidak menyangka tindakan anaknya itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai kerana ramai lagi individu yang turut tampil membantu m4ngsa banjir.

Katanya, dia hanya mengetahui kisah anaknya tular selepas terbaca di Facebook sebelum menghubungi dan bertanya kepada Azwan apa yang berlaku.

“Ketika hubunginya dan bertanya kenapa sampai gambarnya ada di Facebook dia sendiri tidak tahu. Memang saya tidak sangka dia akan mendapat perhatian sebegitu.

“Sebenarnya apabila dia jadi seperti ini saya agak takut kerana dulu orang tidak kenal, sekarang lain,” katanya.

Katanya, sebagai ibu dia amat berharap dengan apa yang berlaku ini anaknya tidak akan membangga diri.

 

“Dia sebenarnya tidak banyak cakap tetapi tegas. Apa yang saya harap dia tidak membangga diri tetapi jangan merendah sehingga dipijak.

“Bagi saya bila sudah jadi seperti ini dia ibarat berada di ‘highway‘ (lebuh raya) di jalan yang besar, lebar, cantik dan terang tetapi jangan lupa untuk menoleh ke belakang lihat dari lembah mana kita datang,” katanya.

Menurut Norbibah lagi, kepulangan Azwan pada petang Rabu selepas dia menamatkan misi menyelamat amat dinantikan dan meninggalkan kesan buat dirinya.

“Semalam memang lain, kepulangan dia disambut dengan air mata, lega rasanya dapat peluk dan ciumnya,” katanya.

Sumber: utusan dan metro

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://printlyrics.net/