[Vide0] Buat Hal! Excited Sangat Dapat Mata, Gigi Pemain Takraw Ni Sangkut Dekat Jaring

Selain daripada bola sepak dan badminton, sukan sepak takraw juga antara sukan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, betul tak?

Oleh hal yang demikian, para peminat sepak takraw pastinya tahu tentang perlawanan Liga Sepak Takraw (STL) yang berlangsung bagi tahun 2022 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh ini.

Antara pasukan yang turut bertanding dalam liga ini termasuklah Bomba Fighters, Perak Bison, dan Black Panther. Walau bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung baru-baru ini telah pun menarik perhatian ramai setelah satu ins1den mencuit hati berlaku di dalam gelanggang!

Melalui satu video yang dikongsikan oleh Astro Arena di laman TikTok mereka ini, dilihat seorang pemain daripada pasukan Black Panther telah pun tersangkut giginya di jaring akib4t terlalu excited tambah mata bagi pasukannya.

“Gigi melepasi jaring! Harap-harap gigi hang oka,Mat Oni. Aekasit tak boleh tahan dah tu” tulis admin TikTok Astro Arena di bahagian kapsyen.

Dikatakan bukan sahaja pemain yang tidak dapat menahan ketawa di dalam gelanggang, malah rakan pengulas serta pengadil juga ‘terhibur’ selepas menyaksikan ins1den yang berlaku ke atas pemain yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Oni itu.

Video:

@astroarena Gigi melepasi jaring! Harap-harap gigi hang okay, Mat Oni. Aekasit tak boleh tahan dah tu 🤣. #inimilikkita #emasanuarstl ♬ original sound – Astro Arena

Itu orang kata, syok sangat tambah mata untuk pasukan sampai tak perasan jaring depan mata sangkut dekat gigi. Min pun terhibur dengan Mat Oni ni!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata penonton juga ‘berdekah’ di rumah ketika menonton perlawanan tersebut secara live di kaca TV. Ada juga yang meninggalkan komen, dikhabarkan rakan sepasukan Aekasit juga pertama kali melihat ins1den seperti ini berlaku. Di Siam pun belum pernah terjadi katanya!

Komen Netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Lobak Merah