Budak 10 tahun berani tawar diri urus ‘baju terakhir’ bapa, -“Bang, boleh tak saya nak tolong?”

TERNYATA bukan mudah untuk menerima pemergi4n insan tersayang kerana dijemput Ilahi.

Apatah lagi kanak-kanak yang masih muda dan semangatnya belum cukup kuat untuk menerima hakikat.

Namun situasi yang dilalui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan dengan jenaz4h bapanya di luar jangka.

Ia disaksikan sendiri oleh pasukan Skuad Pengurusan Jenaz4h Malaysia (SPJM) yang menguruskan jenaz4h lelaki berusia 47 tahun.

Pengerusi Eksekutif SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau dimaklumkan oleh skuadnya bahawa arw4h meningg4l dunia selepas terlibat dalam kemalang4n kerana ser4ngan jantung pada Jumaat.

Menurutnya, ketika skuad sedang menyiapkan kain untuk mengkaf4nkan jen4zah, mereka didatangi dua anak arw4h yang menawarkan diri untuk membantu.

Salah seorang daripadanya berusia 10 tahun yang kemudiannya memberanikan untuk bersuara.

“Bang, boleh tak saya nak tolong?” kata Muhammad Rafieudin mengimbas kembali pertanyaan anak arw4h.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, katanya, kanak-kanak itu merupakan anak kedua daripada tiga beradik termasuk dua adik-beradik lelaki berusia 23 tahun dan sembilan tahun.

“Anak arwah berusia 10 tahun bantu bentangkan ‘baju terakhir’ (kain kafan) buat ayahnya.

“Masya-Allah, beruntungnya arw4h mempunyai anak yang begitu menyayanginya dan berani tidak seperti kanak kanak yang seusia dengannya tidak mengerti apa apa.

“Berdepan hari kem4tian ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu,” katanya sambil menambah arw4h menetap di Ampang, Selangor.

Pengurusan jenaz4h sebelum dikebumikan. foto SPJM

Menurut Ustaz Rafie, kesemua anak arw4h membantu menguruskan jenazah, dari menuntut jenaz4h, mandi dan mengkafankan sehingga mengebvmikannya.

Tambah beliau, arwah yang merupakan pemandu kenderaan e-hailing Grab sepenuh masa dan pernah berkhidmat sebagai pengurus bangunan sebelum menghidap penyakit jantung.

Berdepan hari kemati4n ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu.

“Arw4h terlibat dalam satu kemal4ngan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Hospital Ampang pada Khamis malam dan disahkan meningg4l dunia setelah hampir tiga jam diberi rawatan di hospital.

“Jenaz4h telah diuruskan di Forensik Hospital Ampang oleh skuad dan dibantu waris sebelum dibawa ke kampung di Pekan Nanas, Johor untuk dikebumikan,” katanya mengenai jenaz4h selamat dikebumikan kira-kira 9 pukul pagi Sabtu lalu.

Ustaz Rafie.

Mengenai kisah jenaz4h yang turut dikongsikan di Facebook SPJM, Ustaz Rafie berkata, anak sulung lelaki arwah berusia 23 tahun yang dipanggil Along menetap di Johor bersama abang arwah.

Seperti mengetahui ajalnya semakin hampir, arw4h memberi ‘pesanan’ kepada anak sulungnya supaya membatalkan hasrat untuk ke Kuala Lumpur, pada minggu lalu.

“Along tak payah balik, tunggu kat kampung. Minggu depan ayah balik,” kata Ustaz Rafie yang memetik perbualan arw4h bersama anak sulungnya yang bakal melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : trendingsgt