8 Fakta Menarik Tentang Oat, Point No 5 Yang Paling Best!

Nak makan apa dan makan di mana sering jadi masalah besar dalam masyarakat kita. Untuk sarapan esok apa kata anda mulakan dengan makanan sihat seperti oat.

Tak dinafikan memang ramai yang tak suka dengan oat sebab rasanya tidaklah seberapa, tapi untuk jalani gaya hidup yang sihat, oat adalah salah satu makanan yang seharusnya kita konsumi.

Salah satu fungsinya adalah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, tapi ada lagi beberapa khasiat lain yang mungkin boleh buat anda ubah selera dan jadikan oat salah satu pilihan sarapan anda. Tak dapat setiap hari, 2 atau 3 kali seminggu pun jadilah.

Memang rasa oat hambar dan tawar, tapi kalau nak lebih enak anda boleh memperlbagaikan rasanya dengan menambah buah-buahan segar, kekacang, yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, kurma dan sebagainya.

Berikut adalah 8 sebab untuk anda mulakan makan oat sebagai pilihan makanan anda setiap hari:

  1. Kulit lebih sihat

Oatmeal sesuai untuk rawatan keadaan keradangan seperti ekzema atau kerengsaan kulit dan juga menggalakkan kulit yang lebih sihat. Sifat unik dari oatmeal berasal daripada kehadiran pelbagai jenis vitamin dan unsur dalam komposisinaya.

Zink pula membantu membersihkan kulit dan menghilangkan toksin dan juga sebatian berbahaya yang lain. Lagi best ia juga dapat membantu mengecilkan liang-liang roma dan dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit.

Zat besi merupakan unsur penting pemakanan dan melembapan sel-sel kulit. Bahan yang terkandung dalam oat juga dapat membantu meredakan bengkak dan keradangan yang berlaku kepada kulit sekaligus membantu mempercepatkan penyembuhan kulit selepas luka, lebam dan kecede raan kulit yang lain.

Magnesium pula dapat menormalkan peredaran da rah dan membentuk sel-sel kulit yang baru.

  1. Otot serap lebih banyak protein

8 sudu oatmeal setiap hari akan membekalkan badan anda dengan 15% daripada jumlah protein harian yang disarankan. Selain itu, Vitamin E, antioksidan dan glutamin yang terkandung dalam oat juga membantu untukĀ  pembetukan gentian otot dengan lebih cepat.

  1. Tinggi antioksidan

Oat kaya dengan antioksidan, salah satu daripadanya adalah Avenanthramides-yang dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan, kerengsaan dan tekanan dar ah. Ia mengandungi beta-glucan yang dapat menurunkan kadar gula dalam da rah.

  1. Kekal bertenaga sepanjang hari

Oat kaya dengan sumber karbohidrat dan membekalkan lebih tenaga kepada badan kita. Disarankan makan oat yang kering supaya dapat memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan mengelakkan anda daripada mengambil makanan lain.

  1. Dapat kurangkan berat badan

Yang ini pastinya buat ramai tersenyum. Pengambilan harian oat membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Sumber karbohidrat yang terdapat di dalam oat membolehkan anda mengawal selera makan dan mengekalkan paras gula dalam dar ah yang normal.

Nutrisi yang terdapat didalam oat bukan sahaja meningkatkan metabolisme, tetapi juga menghalang pengumpulan lemak dan toksin dalam badan sekaligus dapat mencegah kita daripada makan berlebihan.

  1. Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan

Serat yang dipanggil beta-glucan yang ada di dalam oat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan. Ia membersihkan sisa lemak dari dinding arteri dan melindungi tubuh kita daripada penyakit serius seperti serangan jantung dan strok.

  1. Kurangkan risiko terkena serangan jantung

Oat kaya dengan lemak sihat yang baik dan menyokong sel-sel jantung dan system peredaran dar ah. Dengan antioksidan yang terkandung didalam oat, kebarangkalian kerosakan pada dinding saluran dara h oleh radikal bebas akan berkurangan sekaligus mengurangkan risiko sera ngan jantung.

  1. Tak ada lagi masalah penghadaman

Pakar-pakar mengesyorkan pengambilan serat setiap hari antara 25-35 gram kerana ia sesuai untuk pencernaan yang baik. Hanya sebilangan kecil oat mengandungi 1/5 daripada pengambilan serat harian yang disarankan. Kerana itu, oat bagaikan hidangan sempurna untuk rutin harian kita.

Banyak khasiat yang baik untuk badan terkandung dalam oat. Jadi anda mungkin boleh mula sarapan dengan oat esok dan lihat hasilnya selepas seminggu, tentu tidak mengecewakan!

 

 

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*