Ada rahsia di sebalik warna tag harga pada roti. Ramai yang tak tau!

Buat penggemar roti, anda mesti sudah kenal dengan beberapa jenama roti popular tanah air. Sebut sahaja Gardenia, anda mesti dengan mudahnya sudah dapat membayangkan keenakkan dan kelembutan roti putih jenama itu.

Sudah jadi kebiasaanya, roti puti ini dibeli secara kerap kerana biasanya tidak mampu bertahan lama. Roti putih ini hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sebelum tarikh luputnya tiba.

Boleh rosak mood kan, bila ambil roti nak buat sandwich atau dicelup dalam air teh ketika minum petang, tengok pada tag tanda harga, tarikh luputnya dah tiba.

Tapi nanti dulu, anda penggemar roti tahu tak yang tanda harga roti sebenarnya mempunyai warna yang berbeza-beza? Dan satu lagi, percaya tak kalau kami beritahu anda bahawa warna tag harga yang berbeza-beza membawa maksud yang tersendiri bagi setiap satu darinya?

Sebenarnya, tag tanda harga yang mempunyai warna yang berbeza-beza kerana itu mempunyai maksud unik yang tersendiri. Ada yang mengatakan warna-warna ini mewakili hari roti berkenaan dihasilkan.

Secara umumnya, terdapat lima warna yang digunakan oleh pihak pengeluar iaitu warna Biru, Hijau, Merah, Putih dan Kuning dan warna-warna tersebut mewakili :

1. Biru – Isnin

2. Hijau – Selasa

3. Merah – Khamis

4. Putih – Jumaat

5. Kuning – Sabtu

Bagaimanapun, carian kami membawa penemuan sekeping gambar daripada laman web The Philippine Beat yang sedikit berbeza berbanding di atas. Gambar berkenaan merupakan infografik daripada Gardenia.

Infografik berkenaan menyenaraikan warna tag tanda harga yang lengkap untuk tujuh hari dan warna-warna ini membawa maksud sedikit berbeza.

Jika warna-warna di atas mewakili hari roti berkenaan dihasilkan, untuk Gardenia pula, warna-warna dibawah mewakili hari roti segar berkenaan dihantar ke kedai-kedai. Warna-warna berkenaan adalah :

1. Tan – Isnin

2. Oren – Selasa

3. Kuning – Rabu

4. Biru – Khamis

5. Hijau – Jumaat

6. Merah – Sabtu

7. Putih – Ahad

Semua warna diatas disebut sebagai ”The Colour of Freashness”. Namun begitu, ada sesetengah syarikat pengeluar menggunakan warna mereka yang tersendiri untuk untuk tujuan yang pelbagai.

Apapun, dengan bantuan tarikh luput yang tertera dan hari yang diwakili oleh tag tanda harga bewarna, ia membolehkan anda menentukan kualiti dan kesegaran roti yang ingin dibeli dengan lebih tepat. Mungkin, dapat menjimatkan duit anda pada masa yang sama.

 

Sumber : Wisebread, The Philippine Beat via Siakap Keli

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Sumber: blogmazeer

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*