Hati-hati! Urat Keting Boleh Putus Jika Mencangkung di Tandas Duduk

Ngeri sungguh membayangkan kesakitan yang dialami apabila urat keting di kaki boleh koyak dan terputus! Peringatan buat yang suka mencangkung diatas tandas duduk, berhati-hatilah.

Mahupun yang melakukan aktiviti seperti bersukan pastikan membuat senaman regangan terlebih dahulu.Ini kerana dua faktor ini boleh menjadi sebab urat keting putus!

Berikut perkongsian nasihat daripada Pakar Ortopedik Dr Mahyuddin Mohamed sebagai rujukan;

“Saya baru sahaja buat pembedahan bagi sambung balik urat keting (tendon Achilles) yang putus”.

Sepanjang kerjaya saya, ada 2 sebab utama urat keting putus:

1. Main badminton tanpa warm-up yang cukup. Terutamanya masa smash.

2. Mencangkung atas jamban duduk. Jamban tak dapat tampung berat badan kita & pecah. Buku lali yang sedang mencangkung terhiris oleh ceramik jamban yang pecah.

Nasihat saya,

1. Bila nak bersukan, pastikan panaskan badan dan buat regangan dulu.

2. Kalau melabur di jamban duduk tu, duduk la. Kalau nak mencangkung, sila cari jamban cangkung.

Kalau mencangkung di atas jamban duduk tu memang anda sengaja cari nahas. Kalau anda budak kecik & ringan tu mungkin tak pecah jamban tu, tapi kalau… anda sambunglah ayat ni sendiri.

Proses penyembuhan selepas urat keting dijahit mengambil masa 6 minggu minimum. Perlu memakai simen & buat fisioterapi untuk dapatkan fungsi terbaik. Itu pun mungkin masih ada kemungkinan sendi agak ketat kerana tisu sembuh secara fibrosis. Tisu fibrous ini tidak sama kualiti dengan tisu asal yang Tuhan cipta.

Jaga diri anda.

Kongsikan ye. Anda boleh ikuti perkongsian nasihat & tips perubatan saya di Channel Telegram saya:
https://t.me/NotaDrMahyuddin

#drmahyuddin
#achillestendonrupture

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi lebih berhati-hati iya  dan jaga diri dalam melakukan dua aktiviti ini dalam kehidupan seharian.

Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

 

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*