Nurse Kongsi Pengalaman Kendali Kes Di Wad Bersalin, Takut Tertukar Anak

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai pertukaran anak menjadi tumpuan ramai dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi oleh kedua-dua ibu tersebut. Susulan berita tersebut, ramai netizen menvnding jadi menyalahi pihak hospital akibat daripada kecuai4n berlaku.

Di Facebook, seorang jururawat iaitu Noor Shafinah Mamat yang pernah bekerja di bahagian bilik pembed4han dan wad bersalin berkongsi pengalaman dalam menjalani tugas di sebuah hospital kerajaan.

Wajib mak kena sebut!

Menerusi perkongsian dari jururawat ini, dia menjelaskan skop tugas dan tanggungjawab ketika mengendalikan ibu bersalin setelah melahirkan anak. Tambahnya, berkali-kali kepastian yang perlu dilakukan antara jururawat dan si ibu bagi mengelak daripada berlakunya kesilapan atau pertukaran anak.

Tagging baby ni salah satu juga skop kerja harian kami di labour room dan wad-wad bersalin HTAR. Lepas ibu bersalin, kita sendiri show off kat mother s3x baby then suruh mother sendiri sebut ye dapat baby apa. Puan dapat anak apa? Letih lepas beranak pun I will make sure mother sebut sendiri, girl or boy! Wajib mak kena sebut! Baby out je siap-siap buat tag, kena ade saksi ye lagi seorang kawan kena jadi saksi lepas tulis.

Kalau tak betul kena tulis balik. Salah ejaan pun kena tulis balik! Double check dengan kawan. Sekali lagi tunjuk lagi kat mother. Puan, tengok ejaan nama puan betul tak. Tengok nombor pendaftaran puan sama dengan tag baby ni? Sebab itu mak wajib pakai tag nama kat tangan bila masuk wad, jangan nk buka-buka ye selagi tak boleh discharge. Tag baby ni kita pasang kat kaki baby ye puan.

Nombor pendaftaran tu mesti sama dengan nombor kat tangan puan. After recheck dengan mother, kita akan counter check pula dengan staf yang conduct baby tu. Ulang pula lagi sekali dengan mother. Lepas beranak kita ambil pula baby nak cuci bersih-bersih cucvk hep B dan vitamin. Settle bab cucvk-cucvk baby pass pula baby kat mak, tanya lagi mak soalan sama ye. Ulang-ulang sampai lebam. Letih pun kena jawab ye mak-mak takut benda ni jadi kesilapan sebab kita ni manusia biasa.

Berkali-kali check tag nama

Malah, kakitangan hospital turut memastikan tidak berlaku pertukaran bayi semasa menyerahkan bayi yang baru dilahirkan ke kakitangan wad. Malah, kakitangan wad akan memastikan gelang nama pada kaki bayi adalah betul sebelum diserahkan.

Kadang aku menyirap kalau ibu jawab macam tu, ye tau penat sakit beranak tapi kalau jadi kes tertukar macam ni, you all nak blame siapa? nurses juga… Settle semua jahit, nak hantar balik wad. Nak pass over pula kat staf wad. First dia orang akan check TAG BABY ye kawan-kawan. Tanya lagi mak soalan sama, nampak tak, kita punya protect you all tak tertukar baby tu macam mana. Sekian bebelan kak cik misi pencen yang pernah kerja kat labour room dan 5 tahun kat wad bersalin, itulah rutin kami. Kesalahan ni kami tak tahu punca dari mana dan kami tak pasti sama ada SOP kat hospital swasta sama atau tidak tapi nak dijadikan kes kan, tak boleh salahkan sesiapa juga. Doa saja yang baik-baik. Ya Allah minta dijauhkan benda tak diingini.

Tips bagi mengelakkan isu bayi tertukar selepas bersalin

Menurut pengalaman ibu kepada lima orang anak, Marsitah Ismail, dia berkongsikan mengenai beberapa prosedur dari proses bersalin sehingga keluar wad di hospital kerajaan.

#1. Sebelum bersalin di hospital kerajaan, jururawat yang bertugas akan meminta sepersalinan pakaian bayi. Jadi ibu-ibu boleh cam pakaian bayi semasa jururawat bagi untuk menyusukan bayi selepas dibersihkan, dilabel (pasang tag) dan dipakai dengan pakaian yang dibekalkan.

#2. Selepas bayi keluar dari perut ibu, nurse akan membuat pemeriksaan kesihatan bayi. Membersihkan bayi dan memakaikan tag nama di kakinya (nama dan nombor kad pengenalan ibu, tarikh bersalin, masa bersalin dan jantina).

#3. Jika bernasib baik, si ayah akan dapat jumpa bayi sebentar untuk diazankan. Jadi si ayah akan mengecam rupa bayi, selaluinya suami akan ambil beberapa keping gambar sebagai kenangan.

#4. Sebelum keluar dari wad, beberapa pemeriksaan di laluan pintu keluar wad dan hospital oleh guard. Akhir sekali barulah tag di kaki bayi akan ditanggalkan.

Semoga ibu-ibu yang bakal bersalin, terutamanya buat pertama kali sedikit sebanyak tahu mengenai prosedur hospital dengan perkongsian ini. Kadang-kadang kita alpa dan mamai sebab kes tertukar bayi ini sangat jarang berlaku.

Sumber: Harian Metro, Marsitah Ismail, Noor Shafinah Mamat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.