Tahniah! Sasha Saidin selamat bergelar isteri, dinikahkan sendiri oleh Zain Saidin..

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab semalam.

Memetik Berita Harian, pasangan itu telah selamat dinikahkan oleh adik Sasha iaitu Zain Saidin.

Malah,anggota kumpulan Elite itu juga bersyukur kerana majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

 

 

View this post on Instagram

 

Congrats sha.. Im happy for u sha.. love u 😘 @sashasaidin

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sasha juga memaklumkan bahawa selepas ini dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengikut suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan disana.

Difahamkan, keduanya telah saling saling mengenali ketika di bangku sekolah lagi namun mula berkenalan rapat pada tahun lepas.

 

 

View this post on Instagram

 

ELITE ❤️

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 

 

View this post on Instagram

 

HappyWedding2020 @sashasaidin 🌸💐🌷🌺🌹

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Sasha turut menambah, majlis pernikahan hanya diadakan secara sederhana dan mengutamakan perkara yang wajib dahulu.

Melalui pernikahannya, Sasha telah menerima mas kahwin bernilai RM1000 serta wang hantaran bernilai RM10 000.

Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kali ketiga buat Sasha dan kali kedua buat suaminya.

Sumber: Berita Harian, Instagram Linda Rafar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.