“Satu penghargaan yang sangat besar untuk saya secara peribadi..”- Altimet terharu karya seni dijadikan uji kaji pelajar

Altimet menerusi laman Instagramnya, meluahkan rasa teruja dan terharu apabila karya miliknya berupa Muda, Bunga dan Mambang telah menjadi bahan uji kaji salah satu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Luahnya, dia menyifatkan perkara itu sebagai satu penghargaan terhadap sumbangan seni muziknya.

“Satu penghargaan yang sangat besar untuk saya secara peribadi. Nilainya lebih dari piala yang fizikal. Hati ada senyuuuummmmm. ”

“Terimalah kasih @shafiqahshuhada, Moga awak dapat apa yang awak impikan, InsyaAllah Amin. Sebab benda yang awak buat ni jauh lebih dari apa yang saya berani impikan untuk diri saya.”

“Alhamdulillah, Allah Ya Rabb. #TukangTulis #GuaMambang“, kongsinya.

 

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan perkara itu.

Sumber: Instagram Altimet

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.