Kisah cinta Engku, Nabila kec0h di Indonesia, sekali nama Laudya Cynthia Bella pula yg dipetik

Jakarta: Teka-teki hubungan antara kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan duda anak satu, Engku Emran turut mendapat perhatian media di Indonesia.

Kebanyakannya berkongsi butiran peribadi Noor Nabila yang dikatakan bercinta dengan bekas suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Menerusi laporan Detik Hot, biarpun Engku Emran tidak mengesahkan hubungan mereka, namun dalam satu hantaran terbaharu di Instagram seakan menguatkan spekulasi hubungannya dengan Noor Nabila.

Bagaimanapun tinjauan menerusi akaun Instagram Laudya ketika belum ada sebarang maklum balas mengenai perkara terbabit.

Jika dilihat dalam Instagram milik Laudya, dia sibuk menguruskan perniagaan.

Difahamkan selepas bercerai, Laudya mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai punca percer4ian.

Biarpun beberapa kali disoal mengenai perkara itu, Laudya sering kali mengelak untuk menjawab, sebaliknya memilih untuk tidak memberi sebarang komen.

Laudya berkahwin dengan Engku Emran di Kuala Lumpur pada 8 September 2017 dan mengadakan majlis resepsi di Bandung, Indonesia.

Pada Jun 2020, Laudya mengumumkan sudah bercerai dengan Engku Emran.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber :https://www.hmetro.com.my/rap/2021/03/683611/kisah-cinta%C2%A0engku-nabila-jadi-sorotan-media-indonesia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.