3 Minggu Selepas Tudvhan Ramp4s Suami Orang, Nissa Sabyan Muncul M3nangis Di Instagram

Industri hiburan Indonesia sebelum ini kecoh kontroversi penyanyi Nissa Sabyan Gambus didakwa menjalin hubungan percintaan dengan pemain keyboard iaitu Ayus. Susulan itu, Ayus telah tampil akui kesilapannya dan memohon maaf.

Bagaimanapun, rumah tangga Ayus bakal berakhir apabila dipercayai isterinya iaitu Ririe Fariuz mengambil jalan untuk berpisah.

Setelah lama mendiamkan diri dari media sosial, Nissa Sabyan dilihat memuat naik sebuah video promo lagu terbaru kumpulan itu yang berjudul Sapu Jagat. Namun, di ruangan komen kelihatan netizen masih lagi kurang berpuas hati dengan penyanyi itu yang hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nissa (@nissa_sabyan)

Lagu Sapu Jagat ini dicipta oleh Ayus Sabyan sepenuhnya dan dinyanyikan oleh Nissa. Posting yang dikongsikan Nissa ini bagaimanapun telah dapat perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial di Indonesia. Rata-rata mereka memohon agar Nissa membuat kenyataan dengan kontroversi yang sudah berlaku. Malah, ada juga yang sentiasa memberi semangat kepada Nissa untuk terus berkarya.

Peminat turut meminta Nissa tampil beri respon supaya tidak timbul fitnah dalam kehidupan peribadinya. Bukan itu sahaja, ada juga netizen selar dengan menganggap Nissa sebagai perampas kebahagiaan wanita lain dan perempuan tidak malu.

Sementara itu, kelihatan segelintir netizen terus memberi sokongan kepada penyanyi wanita itu untuk dia tidak mudah putus asa. Mereka juga mengharapkan agar Nissa tidak berhenti untuk berkarya dengan menghasilkan lagi lagu-lagu yang terbaik buat peminat.

Sumber: Nissa Sabyan/ ohbulan

Artikel Berkait :

Selepas tular kisah keretakan rumah tangga anggota kumpulan Sabyan, Ayus dengan isteri gara-gara vokalisnya, Nissa, akaun Instagram penyanyi itu kembali aktif.
Menerusi posting terbaharu selepas tiga minggu menyepi, Nissa memuat naik sepotong videonya menangis.

Video terbabit difahamkan sebahagian daripada lagu terbaharu Sabyan Gambus berjudul Sapu Jagad.

Biarpun mempromosikan lagu terbaharu kumpulannya, Nissa masih dituntut netizen untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku membabitkan dirinya dan keluarga Ayus.

Sehingga kini, Nissa masih mengunci mulut mengenai dakwaan punca pergolakan rumah tangga Ayus Sabyan dan isterinya, Ririe Fairus.

Ayus sebelum ini pernah memberikan kenyataan berhubung isu terbabit. “Soya dengan penuh kesedaran dan ketulusan ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga dan teman-teman Sabyan dan semua yang merasakan tidak nyaman dengan kekhilafan yang saya lakukan. “Mahon doanya semoga saya jadi lebih balk lagi ke depannya,” kata Ayus.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber:  Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.