Baru je Nabila sah nikah dgn Engku Emran, sekali Sharnaaz muat naik status ini. Memang deep

SPEKULASI pernikahan antara Nabila dengan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik gambar-gambar majlis mereka dalam media sosial sebentar tadi.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di sebuah masjid pagi tadi.

Manakala, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.

KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat.

Rakaman video upacara pernikahan itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi Instastory.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Pasangan ini memilih keberkatan hari Jumaat untuk melangsungkan pernikahan.

Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin.

Pada Khamis, desas-desus mengenai Nabila dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Bagaimanapun, Nabila memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai kesahihan khabar angin tersebut.

Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad ada memuat naik lagu “Waiting In Vain” nyanyian Bob Marley dan The Wailers

Adakah lagu tersebut ada kaitan dengan Majlis perkahwinan bekas isteri beliau tidak dapat dipastikan

Berikut maksud sebenar lagu tersebut hasil carian di google

What does waiting in vain mean?

If you do something in vain, you do not succeed in achieving what you intend. He stopped at the door, waiting in vain for her to acknowledge his presence. Synonyms: uselessly, to no avail,  unsuccessfully, fruitlessly More Synonyms of in vain.

“Semoga dia bahagia” – Sharnaaz Ahmad titip doa untuk bekas isteri,

Semalam, spekulasi tentang majlis pernikahan mereka bertiup kencang dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Berkait rapat dengan bapa tiri jebat

” InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa.

Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

” Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia.

” Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya.

Semoag Sharnaaz juga akan menjumpai pegantti kepada Nabila suatu hari nanti

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/03/baru-je-nabila-sah-nikah-dgn-engku-emran-sekali-sharnaaz-muat-naik-status-ini-memang-deep/?fbclid=IwAR0LVAUyibLEF-LHKYh1qossoPLjc7hABr0etfsl38lnFODpcUgY9anpALE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.