Aleesya bergambar dengan ibu baru, sekali netizan perasan sesuatu

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor selamat menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin sebentar tadi.

Noor Nabila yang juga kakak kepada usahawan Neelofa melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di sini tanpa sebarang hebahan kepada media dan masyarakat.

Dalam majlis itu, Engku Emran turut menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin,

Neelofa dalam hantaran di Insta Story memuat naik video pendek Engku Emran melafazkan akad nikah.

Dalam pada itu, melalui beberapa gambar yang di kongsi, mata netizan mula tertumpu kepada air muka anak gadis Engku Emran dan Erra Fazira, iaitu Engku Aleeysa yang menurut mereka kelihatan tidak ceria dan gembira

Walapun begitu, itu hanyalah andaian dan komen dari netizan semata-mata .Dalam pada itu  Aleesya juga mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan mengenali ibu baru beliau

Engku Emran sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.

Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.

Nabila pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Erra Fazira titip kata semangat kepada Laudya Cynthia Bella, akui Aleesya sangat sedih

Terdahulu MESKIPUN mempunyai hubungan yang rapat dengan Laudya Cynthia Bella, pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan mencampuri hal rumah tangga aktres itu dengan bekas suaminya, Engku Emran.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, dia mengetahui masalah yang berlaku dalam rumah tangga pasangan tersebut namun enggan bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanapun penyanyi lagu Menangkah Cinta mengakui puteri sulungnya iaitu Engku Aleesya berasa sedih dengan perpisahan itu.

“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.

Engku Aleesya sedih berpis.ah dengan Laudya.

“Tipulah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak tapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.

“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu. Aleesya lebih tahu pergolakan yang berlaku dan dia lagi sedih,” kata Erra kepada mStar.

Engku Aleesya Cuba Bertutur Dalam Bahasa Melayu

Comel betul gelagat puteri tunggal kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira dan Engku Emran yang cuba bertutur dalam Bahasa Melayu sewaktu berbual dengan ibunya di dalam kereta.

Erra memuat naik video yang merakamkan perbualan mereka menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

“Mari belajar Bahasa Malaysia..Dah bunyi Siam + Cina + India dah anakanda ku seorang ini.

“Takpe sayang…keep it up!! Practice makes perfect darling! You can do it!!!

“Lepas ni belajar bahasa mom pulak..bahasa Bengkulu..Ape Paro Nga Ngayat Te pek? Mare Badu La..” tulis Erra sebagai kapsyen.

Menurut Erra, Aleesya sedang belajar untuk memantapkan lagi penggunaan dan pertuturan dalam Bahasa Melayu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut Erra yang terhibur dengan gelagat Aleesya dan memuji kecomelan puteri Erra itu.

Sekadar info, Erra berkahwin dengan bekas suami, Engku Emran pada 2007 dan mereka dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009 tetapi perkahwinan mereka tidak dapat bertahan apabila mereka berpisah pada 2014.

Engku Emran kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan hubungan Bella dengan Aleesya mahupun Erra sangat baik.

Kredit Foto: Instagram @errafazira

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.jalankami.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.