“Dukung Fattah Ke Tu?” Selfie Anak Beranak Paling Comel, Foto Fazura Dan Anaknya Buat Ramai Cair

Kata orang mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Jadi bila tengok wajah comel anak pertama pasangan sama cantik sama padan, Nur Fazura dan Fattah Amin ini  nampak lah bahawa baka yang mereka miliki memang elok belaka kata orang!

Foto selfie Fazura bersama cahaya mata pertamanya iaitu Nur Fatima Aisya telah berjaya membuatkan ramai jatuh hati melihat kecantikan dua beranak ini.

Melihat pada foto tersebut jelas menunjukkan kecomelan Fatima lebih-lebih lagi apabila menampakkan lengannya yang gebu turut membuat peminatnya berasa ‘cair’.

Dalam masa yang sama, kebanyakan mereka memberitahu bahawa wajah Fatima saling tak tumpah seperti Fattah!

Mesti lah nampak macam muka ayahnya, tengok sahaja lah cara senyum senget tu memang sama dengan Fattah ya.

Semoga Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapa serta suruhan Yang Maha Esa.

Sumber foto: Instagram Fazura

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Hot FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.