Jarang2 Berlaku, Ini 4 Selebriti Lelaki Yang Timang Cahaya Mata Pada Usia Lebih 50 Tahun

Mempunyai zuriat adalah salah satu perkara yang diidamkan oleh semua pasangan suami isteri. Di Malaysia, walaupun sudah mencapai usia lebih 50 tahun, selebriti lelaki ini boleh dijadikan contoh bahawa usia bukanlah penghalang untuk menerima cahaya mata.

Datuk Awie – 53 Tahun

via Malaysia Daily News

Awie telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsudin pada Oktober 2016.

Pada usia 53 tahun, Awie berkongsikan kabar gembira apabila isterinya sudah selamat melahirkan anak lelaki hasil daripada perkahwinan mereka berdua.

Datuk Jamal Abdillah – 61 Tahun

via Berita Harian

Hasil perkahwinan kedua Jamal Abdillah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Anak pertama bersama Zai Izzati telah selamat lahir pada usianya 60 dan anak keduanya lahir pada usia Jamal 61 tahun.

Adam Corrie – 50 Tahun

via Kopi Planet

Penantian 10 tahun pelakon Adam Corrie Lee Abdullah untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila isterinya, Fazema Mohd Fuad yang berumur 40 tahun selamat melahirkan bayi lelaki.

Dia juga meluahkan perasaan syukur apabila doktor memaklumkan isterinya tidak perlu menjalani pembed4han semasa melahirkan anak mereka.

Datuk Khalid – 60 Tahun

via Berita Harian

Datuk K telah dikurniakan anak sulung bersama Datuk Sri Siti Nurhaliza yang bernama Siti Aafiyah pada usianya 60 tahun. Penantian selama 11 tahun itu merupakan salah satu kabar gembira buat negara kita.

Kini Datuk K dan Datuk Sri Siti Nurhaliza menantikan adik kepada Aafiyah yang dijangka akan lahir pada April 2021.

Jelas sekali menunjukkan usia bukanlah penghalang untuk mempunyai zuriat. Kebanyakkan daripada selebriti di atas akan memastikan hidup lebih sihat untuk membesarkan anak-anak mereka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.