Dikec4m honeymoon ke Sabah, Ini Jawapan Slamber Risteena Buat Ramai Geram

SUSULAN kebimbangan yang disuarakan netizen berhubung perjalanan Isa Khan ke Sabah, isterinya Nur Risteena akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ujar Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dia dan suaminya berkunjung ke negeri itu atas urusan kerja selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.

“Saya yakin pihak polis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya untuk puaskan hati semua orang,” katanya menerusi posting di Instagram pada Isnin

Terdahulu mStar melaporkan mengenai pertikaian orang ramai di media sosial tentang tindakan Risteena dan suaminya Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, bercuti dan menikmati bulan madu di Semporna, Sabah.

Ia susulan tindakan pasangan itu sendiri yang kerap memuat memuat naik foto dan video aktiviti percutian mereka di sana selain tulisan ‘honeymoon’ pada posting mereka.

Sehubungan itu netizen cuba mengaitkan insiden membabitkan Instafamous dan suaminya memberi keterangan p.alsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri.

Hasil siasatan polis akhirnya membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri Instafamous berkenaan yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur termasuk antara enam negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.

Pada posting ini jelas kelihatan tulisan ‘honeymoon’ bersama ikon kapal terbang.

Selain itu menerusi posting yang sama Risteena berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.

“Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG.

“Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” katanya.

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

KKM Akan Tentukan Boleh Balik Beraya Atau Tidak – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa keputusan rentas negeri itu akan bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Raya ini sama ada boleh balik kampung atau tidak, Kementerian Kesihatan yang akan buat keputusan dan sama ada sidang khas MKN membenarkannya atau tidak.

“Katakan bulan Mei nanti, mengikut jangkaan KKM kes turun menjadi 500, mungkin ketika itu KKM akan buat penilaian risiko dan nasihatkan kita,” katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Sementara itu, berita baik bagi peminat bola sepak, MKN juga telah bersetuju benarkan penyokong ke stadium bagi saingan bola sepak liga Malaysia bermula 1 April ini.

Bagi kawasan PKPB , hanya 10 % dari kapasiti penonton atau 2,000 orang, manakala, bagi kawasan PKPP, sebanyak 25% dari kapasiti penonton atau 8,000 orang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.