Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Ayu Raudhah, 36, selamat menimang cahaya mata bayi lelaki malam semalam.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi Instastory miliknya sekitar pukul 8 malam.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” coretnya.

Bagaimanapun wajah anak kelima tidak didedahkan, cukup sekadar berkongsi tangan comel si manja.

Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 33, meluahkan rasa syukur juga menerusi IG Story miliknya.

“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, pasangan Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.

Sumber

https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2021/05/ayu-raudhah-selamat-bersalin-bayi-lelaki/.

Artikel Sebelum Itu,

Cun-habis-10-foto-adik-beradik-rozita-che-wan-yang-ramai-tak-tahu.

Rozita Abu Bakar atau nama komersialnya, Rozita Che Wan atau Che Ta merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita yang cukup dikenali umum menerusi peranan wataknya dalam siri komedi televisyen berjudul Kiah Pekasam.

Penampilannya di layar kaca, antaranya menerusi drama rantaian Diari Ramadan Rafique, Manjalara, Iparku Diva, Kiah The Spy, Kak Marr dan Suri Katriana.

Tidak ketinggalan, pembabitan dalam dunia perfileman antaranya menerusi Dunia Baru The Movie, Sifu dan Tongga, Jangan Tegur, 4 Madu dan Adik Manja Returns.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai tujuh orang adik-beradik yang mana dirinya merupakan anak yang kedua.

Meskipun tidak terlibat secara langsung dalam dunia seni tidak bermakna empat lagi adik-beradik perempuannya yang lain tidak berkongsi limpahan populariti yang diraih.

Apatah lagi kesemua empat mereka juga memiliki rupa paras yang cantik dan tak kurang jelitanya bak Che Ta.

Secara tidak langsung, mereka turut menarik perhatian umum rentetan nama Che Ta selaku antara selebriti yang memiliki pengikut Instagram terbanyak di Malaysia.

Tanpa membuang masa, jom kita intai 10 foto adik-beradik Che Ta yang jarang diketengahkan kepada umum ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingkini.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.