“Izara Aishah Tak Percayakan Pembantu Rumah” -Sanggup Tolak Banyak Tawaran Demi Jaga Anak

Pelakon Izara Aishah, 29, mengakui belum ada keyakinan untuk meletakkan kepercayaan kepada pembantu rumah bagi menguruskan anak perempuannya, Irisa Alaia.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham berkata dia akan kembali aktif bekerja selepas anaknya faham tentang kerja.

“Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Saya cuma nak tunggu sehingga dia boleh faham (kerja). Bila dia dah besar dan faham, barulah saya akan mula bekerja.

“Sebenarnya saya dah banyak terima tawaran tapi saya terpaksa tolak dahulu sebab tak bersedia nak tinggalkan baby.

“Saya pun tak upah pembantu rumah.. tak ada siapa nak jaga dan saya memang nak jaga sendiri.

“Ikutkan saya sudah bersedia nak ada pembantu rumah tapi saya belum ada keyakinan untuk letakkan kepercayaan kepada mereka lagi. Kalau ada maid pun, dia hanya kemas rumah sahaja,” katanya

Dalam pada itu, pelakon filem Pilot Cafe menyatakan kehadiran Irisa telah mengubah banyak perkara dalam kehidupannya.

Katanya, dia masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan anak kecil dan masa yang sama juga sedang belajar semula mengenai bab solekan.

“Sejak ada baby ini, banyak saya belajar terutama dari segi kesabaran. Bagi saya, banyak perubahan dari semua benda… suami, kawan, keluarga, baby dan keadaan rumah kena jaga.

“Seronok ada baby… tapi saya cuba untuk menyesuaikan diri sebab nak jaga sebab bukan senang nak jaga baby.

“Sampai saya pun, susah nak jaga diri sendiri. Sekarang ini, saya baru nak mencari diri saya dahulu.

“Sebab saya jadi malas nak bersiap tapi dia pun dah besar dan perlahan-lahan saya tengah belajar balik tentang solekan,” katanya lagi.

Terdahulu, Izara berkahwin dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Irisa Alaia pada 15 April tahun lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.