Isteri Atlet Tak Layak Keluar Negara

Kuala Lumpur: Hanya atlet Malaysia yang berpangkalan di luar negara dibenarkan membawa pasangan masing-masing sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (SPP) dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan pandemik C0v!d-19.

Begitu penjelasan Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kekecewaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak berpuas hati jabatan itu tidak memberi pelepasan kepada isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk menemaninya beraksi di luar negara.

Imigresen menerusi menerusi satu kenyataan balas memaklumkan mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.Tegas imigresen menggunakan kelulusan itu untuk tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara a tidak dibenarkan.

“Merujuk kepada hantaran tular di media sosial oleh seorang pelumba motosikal berkenaan permohonan isteri beliau untuk keluar negara sudah pun dit0lak.

“Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.

“Contohnya, pelumba basikal dan pemain golf profesional. Ahli sukan menyertai kejohanan secara on and off dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan,” katanya.

“Hanya jurulatih dan kru profesional terbabit dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan,” katanya.

Imigresen menerusi kenyataan yang dikeluarkan memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor sekatan pergerakan penuh (SPP) dan situasi pandemik C0v!d-19 yang melanda negara.

Terdahulu Hafizh meluahkan rasa tidak puas hati apabila hasrat untuk menerbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada imigresen dan pihak berkaitan. Situasi terbabit menyebabkan pelumba terbabit sekali lagi meletup menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan kerana tidak diberi kelonggaran walaupun mewakili negara.

Minggu lalu Hafizh yang diberi jolokan El Pescao cemerlang apabila menduduki tempat kesembilan Grand Prix Itali di Litar Mugello.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.