Ini Pendedahan Dini Tentang Status Hubungannya Dengan Janna Nick

Ikatan percintaan Dini Schatzmann dengan Janna Nick bukan lagi satu rahsia.

Lebih menarik, pasangan selebriti ini sering berkongsi kisah romantis mereka di media sosial masing-masing.

Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah.

Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Mengakui hubungan cintanya dengan Janna bukan sekadar paparan di media sosial semata-mata, sebaliknya mereka serius dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Dini berkata, mereka sangat serius dengan masa depan hubungan cinta mereka.

“Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya, tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu.

“Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya.

“Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.

Menyentuh mengenai kejutan hari jadi Janna, Dini berkata, salah satu impian hidupnya adalah untuk membuatkan kekasih hatinya selalu tersenyum pada setiap tahun.

ADA perancangan melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan cinta.

Katanya, melihat wajah Janna yang gembira adalah segala-galanya bagi dirinya.

“Nak pilih hadiah hari jadi untuk Janna memang susah. Banyak yang dia tak suka, tapi saya kena pastikan hari jadinya disambut dengan satu kejutan yang berharga.

“Puas juga saya fikir apa hadiah yang mungkin orang lain tidak akan bagi. Memandangkan Janna minat dengan motosikal sejak bersekolah dan pernah ada keinginan untuk membeli motosikal, jadi saya cuba realisasikan.

“Saya beli Vespa berwarna merah itu kerana ia sangat unik dan sesuai digunakan untuk Janna,” katanya.

Menurut Dini, sepanjang mengenali Janna, dia bukan seorang yang gemar berbelanja sesuka hati, namun dirinya pula suka membeli barangan yang terkini.

“Janna bukan yang kaki berbelanja seperti saya. Dia tak suka boros dan pandai menguruskan wangnya. Kadang-kadang saya pelik tengok dia yang tak teringin nak beli barang baharu sedangkan saya pula suka membeli apa saja benda atau gajet baharu.

“Walaupun begitu, saya tahu dia seorang yang ada perancangan rapi dalam hidupnya. Dia mahukan wang hasil titik peluhnya digunakan kepada perkara lebih penting untuk kegunaan masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Dini turut berharap hubungan cinta dengan Janna akan sentiasa dipenuhi cinta dan kasih sayang.

“Saya sentiasa mendoakan supaya dia sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dan diberkati selalu. Saya akan selalu bersamanya.

“Janna selalu mengambil berat mengenai diri saya. Walaupun dia sibuk dengan urusan kerjanya, tapi dia akan pastikan saya kelihatan okay setiap masa,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.