Peminat Mendoakan Yang Baik-Baik, Penampilan Fazura Cvri Tumpuan

Beberapa entri video dan foto yang dikongsikan pelakon cantik, Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab di Instagram mencvri tumpuan ramai.

Menerusi satu hantaran di plaform sama pertengahan Mei lalu, ada warga maya di ruangan komen menyambut baik penampilan yang digayakan ibu kepada seorang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Malah mereka turut mendoakan yang baik-baik buatnya.

Sementara itu dalam video yang dikongsikan di Insta Story, Fazura yang dirakam sedang mempromosikan Fazura Lippy Beg dilihat turut tampil berhijab dan mengenakan kemeja berlengan panjang.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai masa sebenar video tersebut diambil.

Peminat sebelum ini mengetahui, Fazura memilih untuk mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu, menerusi Harian Metro, isteri kepada pelakon Fattah Amin di dalam temu bual bersama media menjelaskan, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi.

Bagaimanapun, sekiranya sudah bersedia untuk berhijr4h dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.

“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah. 

“Soal penghijr4han ini sangat personal. Kalau saya berhijr4h nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.