“Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini

Pelakon Ruhainies mendedahkan ketika ini dia mahu fokus terhadap kerjaya lakonan dan sebolehnya tidak mahu meletakkan soal cinta sebagai hal yang utama.

Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, komitmen jadualnya juga agak padat cuma ketika ini sahaja dia punya waktu untuk berehat dari dunia lakonan.

“InsyaAllah, jodoh bakal hadir dengan sendiri. Belum habis penggambaran drama, saya selepas ini perlu masuk set lain untuk projek seterusnya bergantung kepada situasi semasa.

“Jadi lebih baik untuk saya gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Pada saya, ini waktu untuk saya bersinar dan berkarya mencipta nama terlebih dahulu.

“Soal kahwin, insya-Allah akan hadir nanti,” katanya yang turut meminta doa semua selain mendoakan agar negara segera pulih dari fasa p4ndemik yang melanda.

Jelasnya lagi, tiada insan bergelar wanita yang tidak mahu mendirikan rumah tangga, seterusnya menjalani hidup sebagai isteri dan ibu.

Bagaimanapun, itu semua bergantung pada jodoh, sama ada cepat atau lambat dan dia juga lebih selesa dengan cara ini tanpa kisah sensasi yang boleh mengg4nggu reputasi.

“Tak perlu kontr0versi. Cukuplah kita berdiri dengan bakat. Selebihnya pandailah peminat di luar sana untuk menilai.

“Saya selesa hidup begini dan memilih untuk terus dengan cara ini Insya-Allah. Apa pun semua itu bergantung kepada niat asal kita di dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya lagi.

Drama terbaru lakonan Ruhainies, Cukup Derita Itu kini mengisi slot Samarinda di TV3.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: media hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.