“Kawan, Ingat Bau Perfume Ke?” – Ingatkan Sharnaaz Tak Ada Peluang Tapi Komen Azira Buat Netizen Berharap

Ini bukan pertama kali nama Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan h4ngat di media sosial. Malah, nama mereka sering kali digandingkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Ditambah pula dengan “cuit4n” daripada rakan-rakan artis dan kemesraan yang ditunjukkkan di ruangan komen, lagi “meriah” lah warganet berkata-kata.

Terbaru, Azira ada berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya di mana dia memegang sebotol pewangi dengan kapsyen “Missing your smell, thank god I have Frederic Malle”. Apa yang menjadi perhatian dan penantian warganet selepas itu adalah komen daripada Sharnaaz. Selalunya, Sharnaaz akan komen pendek-pendek atau berikan emoji mengg0da seperti kiss dan sebagainya namun di posting kali ini panjang sedikit komen Sharnaaz.

Selepas membaca kapsyen Azira, Sharnaaz membalas “Not my fragrance and smell”. Rata-rata warganet yang melihat komen Sharnaaz mula-mula agak kec3wa dan sudah bersedia untuk “mengvndurkan diri” dari berharap dengan hubungan ini namun Azira kemudian dilihat membalas kembali  komen tersebut dengan nama pewangi yang selalu dipakai oleh Sharnaaz.

Ini membuatkan warganet kembali bertanya-tanya, “kawan ingat bau perfume ke?”. Sharnaaz kemudian hanya membalas kembali dengan emoji ‘k1ss‘ dan ini menambah kepada pertanyaan ramai.

Kemesraan mereka di media sosial bukan satu perkara yang baru. Malah, jika nak dilihat pasangan ini ramai penyokong dan peminatnya. Rata-rata memang berharap ada “sesuatu” antara mereka. Namun, kedua-dua pihak Sharnaaz dan Azira tidak mahu lagi membuka mulut tentang status mereka. Antara yang menjadi jawapan adalah mereka hanya kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat Azira dan Sharnaaz. Jika ada jodoh tak ke mana.

Sumber: Azira Shafinaz

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.