“Orang berniaga makanan kau pun nak jugak” Sharnaaz ‘Hent4m’ Produk Makanan Aliff Syukri, Ini Respon Chef Wan

Selain dikenali sebagai Chef Selebriti Malaysia, Datuk Chef Wan juga cukup kenal dengan sikapnya yang lant4ng dalam memberikan pendapat di media sosial.

Terbaru, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail ini ada ‘sembur’ usahawan kosmetik yang sering menjadi tumpuan netizen, Datuk Aliff Syukri.

Rasa pedas bod0h – Sharnaaz Ahmad

Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak bahawa Aliff Syukri ini ada melancarkan satu produk makanannya sendiri, makanan itu dikatakan tengah viral. 

Ia telah membuatkan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad terpanggil untuk membuat review dekat makanan tersebut menerusi saluran YouTube miliknya pada hujung bulan April lalu.

VIDEO :

Bagaimanapun, ia mula viral di TikTok dan kemudiannya berita ini mendapat perhatian Chef Wan, ini Sharnaaz yang turut dikenali dengan kelantangan dan keberaniannya dalam memberikan pendapat ada memetik nama Chef Wan.

Dalam video diatas, Sharnaaz menjelaskan bahawa makanan daripada usahawan itu tidak memberangsangkan. Ini kata-katanya.

Dia nak rasa macam kari pun ada, rasa macam.. Pedas bod0h orang panggil, benda ni pedas bod0h, bebola daging lembu hancur, apa ni! Aku minta maaf, aku bukan nak h1ina makanan tapi RM16.50 hang jual macam ni. Kalau Chef Wan dengar RM16.50 dia buat macam ni….”

Sharnaaz juga meminta agar Aliff Syukri memperbetulkan kualiti produk makanannya itu.

Orang berniaga makanan kau pun nak jugak – Chef Wan

Bila hal ini sampai ke pengetahuan Chef Wan kerana komen itu viral di TikTok dan ada orang hantar kepadanya, Chef Wan menerusi IGTV miliknya hari ini pula ‘sembur’ Aliff Syukri.

Terhibur dengan cara review Sharnaaz Ahmad, Chef Wan tidak membantah dengan komen yang Sharnaaz berikan kerana ianya merupakan satu perkara normal kerana alam perniagaan makanan ini, peniaga perlu terima komen positif dan negatif orang, katanya.

Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu jamban Cik Kiah itu!
Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.”

Chef Wan juga berpesan kepada Aliff Syukri agar asah kemahiran memasak dahulu sebelum menjual makanan, dia juga berpesan untuk laburkan kepada orang yang betul jika ingin mengendalikan perniagaan makanan.

 Tak semua taste bud kita yang kita katakan sedap dan syiok ini appeals to everyone.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Tambah Chef Wan juga, dia langsung tidak menyedari tentang kewujudan produk ini, bagaimanapun Chef Wan menegaskan dengan pendapat yang diberikan ini telah membuatkan orang jadi kenal dengan produk ini.

Bagaimanapun, Chef Wan menjelaskan bahawa dia hanya mencurahkan pendapat sahaja dan berharap agar Sharnaaz dan Aliff Syukri tidak marah dengannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.