[VIDEO] Tunjuk Beza Suami Sebelum & Selepas Kahwin, Ramai Terkejut Melihatnya, “Ingatkan Bini Dia…”

Seakan sudah menjadi lumrah, suami isteri selalunya pasti akan melalui perubahan yang ketara sebelum dan selepas perkahwinan. Contohnya para suami yang selalu mengalami kenaikan berat badan selepas berkahwin gara-gara masakan isteri.

Macam yang dikongsikan wanita ini tentang perubahan si suami yang menarik perhatian ramai baru-baru ini. Bukan saja berubah lain daripada dahulu malah perubahannya juga sangat ketara dan tidak dijangka.

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu menunjukkan beberapa gambar si suami sebelum mereka berkahwin. Suaminya juga dilihat mempunyai tubuh badan yang fit dengan potongan rambut yang kemas.

Namun lain pula yang berlaku selepas berkahwin apabila si suami berubah menjadi seperti orang lain. Lelaki itu juga dilihat memiliki rambut panjang dan kembang seperti seorang penyanyi rock.

Malah ada juga yang tidak kenal dengan suaminya itu gara-gara perubahan yang luar biasa ini. Sehinggakan di ruangan komen, ada yang menyangka itu adalah si isteri pada awalnya.

Rata-rata netizen turut sama terkejut dengan perubahan beza suami yang dikongsikan ini. Bukan itu saja, ada juga yang terhibur melihat reaksi selamba lelaki itu ketika dirakamkan.

“Ya Allah aku ingat bini dia.”

“Lockdown lama sangat.”

“Penyanyi rock terus lepas nikah.”

“Aku baru nak cakap makin menjadi jadi bini dia. Rupanya alahai bang…”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.