“Sebelum Bagitau Mak, Baik Kau Mengucap DuIu Dik..” -Baru Nak Buat Tiktok, LeIaki Tergamam Meja Terus Patah!

Tak dinafikan, Tik Tok kini sudah menjadi satu platform yang sangat terkenal untuk video-video yang menarik. Macam yang dikongsikan lelaki ini yang mencuba satu trend popular ini namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Trend ini biasanya dilakukan untuk menunjukkan transisi perubahan sebelum dan selepas di mana lelaki ini mencuba menukar baju. Tetapi cubaannya ini tidak berjaya apabila meja kayu di ruang tamunya ini patah gara-gara video tersebut.

@syamelkonopinak main tukar baju tapi…. #fypシ #fypppppp♬ gratatataaaaaaaaaa – sukety rogers

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia baru saja ingin mencuba trend menukar baju itu. Dia juga turut berkongsikan sedutan daripada video itu di mana dia melompat dan terduduk di atas meja itu.

Namun cubaannya itu telah membuatkan meja kayu itu patah gara-gara aksinya itu. Bukan saja patah, malah meja itu juga langsung tidak dapat digunakan lagi.

meja

Lebih melucukan, lelaki itu sempat memberikan ‘thumbs up’ pada hujung video selepas melihat meja kayu itu patah dibuatnya. Melihatkan kerosakan yang dilakukan itu, tentunya lelaki itu tidak dapat lari dari perasaan takut dan gementar.

Di ruangan komen, netizen turut sama terkejut dengan hasil video yang tidak disangka-sangka ini. Malah ada yang berseloroh mengucapkan yang terbaik untuk lelaki itu yang mungkin akan dihalau keluar rumah.

“Dik sebelum ngaku kat mak mengucap dulu.”

tukar baju

“Ni alasan semalam cicak jatuh.”

meja patah

“Lena tak tidur tu…”

komen

“Malam tadi tido mana? Mak halau tak…”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.