Macam Tak Percaya, Viviana Abdullah Ded4h Perbezaan Perangai Fazura & Neelofa

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram selebriti media sosial Viviana Abdullah, pasti mengetahui personaliti berperwatakan lembut itu gemar berborak dan mengupas pelbagai isu bersama pengikutnya.

Terbaru, menerusi sesi Instagram ‘live’, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud sempat bercerita mengenai pengalamannya ketika bekerja bersama dua selebriti tersohor iaitu Fazura dan Neelofa.

Bercakap mengenai Fazura, Viviana menyifatkan pelakon popular itu mempunyai personaliti yang baik dan merendah diri serta sangat menjaga hubungan dengan para peminat.

Malah Viviana berkata, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu tidak berpura-pura terhadap diri sendiri selain tegas apabila membabitkan soal kerja.

Fazura tahu bila nak jadi diva, bila nak ‘switch off’ jadi diva. Dia sangat merendah diri, dengan peminat dia paling menjaga. Dia tak plastik, jadi diri dia. Cuma bila bekerja, dia agak tegas,” katanya.

Bagi Neelofa pula, Viviana lebih memilih untuk berdiam diri mengenai personaliti bekas pengacara MeleTOP itu kerana sedar pasti akan menerima kec4man daripada orang ramai.

Tambah Viviana, ia kelihatan seperti mahu membvruk-burvkkan situasi sekiranya dia bercerita lanjut tentang usahawan popular berkenaan.

Kalau you tanya (fasal) Neelofa, maaf next chapter please! Tu je boleh cakap. Pakai tudung kan, tak boleh nak mengata.
“Silakan, pergi. Agungkan, pakai tudung je nak agungkan. I tak mampu nak istiqamah macam tu. Sebab i dah berdepan. Sama ada pakai hijab atau niqab, saya tak nak bawa dia dalam kehidupan saya.
“Anak saya kalau lalu pun, saya tutup matanya. Jangan tengok. Walaupun penampilan luaran itu bagus, saya tutup juga kalau lembaga itu lalu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Viviana menegaskan bahawa pendapat mengenai kedua-dua selebriti itu adalah berdasarkan pengalaman peribadi yang berlaku di depan mata dan meminta peminat masing-masing tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan daripada mulutnya.

Saksikan video live penuh dari Viviana sendiri yang dimuat naik di laman sosial instagramnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viviana (@vivianaabdullah)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.