Jumpa Akhyar Rashid Dalam KapaI Terbang, Tengok Akhyar Buat Apa Sampai Ramai Cembvru Dengan Wanita lni

Seorang wanita berkongsi momennya bertemu pemain bola sepak negara Akhyar Rashid di dalam penerbangan pulang ke Johor Bahru baru-baru ini.
Menerusi laman sosial TikTok, wanita yang dikenali sebagai Lea ini merakamkan detik pertemuannya sewaktu berada di dalam penerbangan di mana dia duduk di belakang kerusi pemain tersebut.

Lebih istimewa lagi apabila Akhyar turut memberikan makanan kepada wanita terbabit sewaktu berada di dalam penerbangan.

Sementara itu di ruangan komen, video ini telah mendapat perhatian ramai gadis apabila rata-ratanya cemburu melihat pertemuan tersebut.

“Pleasee! Saya dulu pernah satu flight dengan player JDT, tu pun dah best,” komen seorang penguna.

“Tak aci aku nak jugak,” tulis seorang pengguna.

“Dia siap bagi makanan. Argh merajuk,” kata seorang pengguna.

“Weyhhh dah la, nak nangis tepi bucu katil,” ujar seorang pengguna.

“Best kan jumpa dia. Dia baik kan? I mean dia tak sombong. Saya pun pernah gak jumpa dia kat JPO,” komen seorang pengguna.

“Kalau aku, aku simpan bekas plastik makanan yang dia kasi tu,” usik seorang pengguna lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.

Pada Khamis lalu, skuad Harimau Malaya selamat tiba di tanah air selepas hampir sebulan ‘berkampung’ di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi tiga aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

‘Akhyar kelakar dan baik hati’ – Eyka Farhana

KUALA LUMPUR: Barangkali, ramai sudah dapat menghidu hubungan mesra pelakon kecil molek, Eyka Farhana dengan pemain bola sepak kebangsaan dan

kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Pada Februari lalu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25.

Biarpun hanya berkongsi gambar belakang, kelibat jejaka berusia 21 tahun itu dapat ditebak ramai. Menerusi perkongsian entri Instagram, dua hari lalu, pelakon drama

Hubungan mesra Eyka Farhana dan Akhyar Rashid dapat dihidu biarpun hanya memuat naik gambar sudut belakang. – Foto IG Eyka Farhana
Biarpun hanya mempamerkan sudut belakang, tetapi mereka mengenakan baju belang hitam putih sedondon, sekali gus membuktikan ada hati dalam taman.

Sejujurnya, Eyka berkata, dia enggan terlalu terbuka soal cinta, apatah lagi, mereka masih dalam proses mengenal hati budi.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, Akhyar seorang lelaki yang kelakar, baik hati dan paling utama, mementingkan keluarga.

“Jika berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa,” katanya kepada BH Online.

Dijolok persoalan sejauh mana hubungan dan apakah sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, Eyka tidak menolak ketentuan takdir.

“Saya hanya mengikut rentak dalam hubungan. Pastinya, saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

“Saya percaya ada jodoh pasti tak ke mana. Doalah yang baik-baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Eyka sedang melunaskan baki penggambaran drama My Sweetheart Hannan sebanyak 26 episod.

“Saya bergandingan dengan Hafidz Roshdi. Sebelum ini, penggambaran dilakukan di Romania, beberapa bulan lalu.

“Sekarang, penggambaran bersambung di Kuala Lumpur sehingga Ogos depan,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : trendingsgt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.