Dua Sahabat Keluar Buat Assignment Terpaksa K0rek Tabung Bayar K0mpaun

BIASA tengok orang lain kena s4m4n, siapa sangka diri sendiri pun terkena… kan dah kena k0rek syiling!

Begitulah nasib Natasha Zulaikha dan rakannya Nur Sabrina, masing-masing berusia 21 tahun, apabila mereka dik0mpaun kerana mel4nggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengakui kesilapan mereka, Natasha menjelaskan pada hari kejadian dia keluar bersama Sabrina untuk membantu rakannya itu menyiapkan tugasan universitinya.

“Sebenarnya tujuan keluar memang nak buat assignment, memang tajuk assignment tu kena cerita tentang tempat menarik di Pulau Pinang, kemudian perlu ada gambar bersiar-siar, sebab tu perlu keluar.

“Kami cuma nak rakam video untuk digunakan di bahagian introduction sahaja, gambar yang lain memang kami bercadang untuk cari gambar dekat internet.

“Lepas tu alang-alang keluar kami singgah Watsons beli barangan keperluan sebab tak nak keluar banyak kali. Kemudian singgah drive thru KFC selepas Nur Sabrina siap tugasan,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka mereka kemudian ditahan sekumpulan anggota polis yang meminta mereka berdua untuk terus ke balai.

“Kami tunggu dekat balai dari pukul 6 petang sampai Maghrib. Masa tu baru polis yang tah4n tu balik ke balai, kemudian dia call inspektor dan kami semua dikenakan k0mpaun RM2,000 seorang.

“Kami cuba beri penjelasan pada polis tu tapi dia cakap tak boleh, inspektor dah bagi arahan semua kena komp4un,” katanya sambil menambah mereka keluar membuat tugasan di sekitar Butterworth pada 13 Jun lalu.

Natasha dan Sabrina berada di balai dari pukul 6 petang sehingga kira-kira jam 10 malam.

Ditanya punca sebenar komp4un dikeluarkan, Natasha mend4kwa alasan yang diberikan pihak berkuasa adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai alamat yang berbeza.

“Satu kereta boleh naik dua orang, tapi kami tak tahu pula dua orang dalam kereta tu tak boleh berlainan alamat… sebab tu masa nampak polis kami OK je ‘serah’ diri,” selorohnya.

Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on demand) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas.
NATASHA ZULAIKHA
Menurut Natasha dia yang kehilangan kerja disebabkan PKP, manakala sahabatnya pula masih belajar terpaksa ‘korek tabung’ bagi membayar kompaun yang dikenakan.

Katanya, disebabkan rakannya bergelar pelajar, dia mendapat pengurangan dan perlu membayar hanya RM500, namun dirinya hanya diberi pengurangan sebanyak 50 peratus.

“Kami memang tak ada duit nak bayar, lagipun bukan anak orang senang.

“Saya pula tak kerja time PKP ni jadi memang tak dapat gaji jadi kami dua-dua terpaksa k0rek duit syiling,” katanya.

Natasha dan sahabatnya mempunyai tempoh sehingga 26 Jun untuk membayar komp4un tersebut.

Menurut Natasha dia mempunyai masa sehingga 26 Jun ini untuk membayar komp4un tersebut dan syiling yang dikumpulnya dari tahun lepas hanya berjumlah RM200.

“Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on delivery) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas,” katanya.

Menurut Natasha, video yang dikongsikannya di laman TikTok bagaimanapun bukanlah untuk menyalahkan sesiapa.

“Saya saja buat content tersebut, tapi tak sangka v1ral.

“Nasihat saya lepas ni, kalau nak keluar walaupun untuk benda penting, tak kira beli barang keperluan sekali pun jangan pergi berdua dalam satu kereta kalau bukan satu alamat.

“Keluar bila perlu sahaja dan tak perlu berteman, juga patuh SOP, jangan jadi macam kami berdua yang tengah bingvng mana nak cari duit untuk bayar sam4n,” katanya.

SOP ‘total l0ckdown’: Apa yang perlu anda tahu

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk sekatan perjalanan penuh (total lockdown) yang akan berkuat kuasa Selasa ini.

Ia kebanyakannya menyerupai apa yang dikuatkuasakan semasa perintah kawalan pergerakan pertama (PKP 1.0) pada bulan Mac tahun lalu.

Keseluruhan penutupan akan menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali perkhidmatan penting manakala pergerakan orang ramai juga akan dibendung.

Panduan umum SOP “total lockd0wn” adalah seperti berikut:

1) Hanya dua orang setiap isi rumah yang boleh meninggalkan rumah. Orang ketiga dari isi rumah akan dibenarkan melakukan perjalanan untuk tujuan perubatan dan kecemasan.

2) Meninggalkan rumah hanya dibenarkan untuk bekerja (perkhidmatan penting) dan membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

3) Dua orang satu kenderaan untuk teksi dan kereta e-kelui.

4) Perjalanan tidak melebihi 10km dibenarkan. Sekiranya mendapatkan perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat dalam radius, seseorang boleh pergi ke perkhidmatan terdekat yang terdekat di luar radius 10km.

5) Berjoging dan senaman individu dibenarkan di kawasan kejiranan. Tiada sentuhan fizikal yang dibenarkan dengan jarak sosial 2 ke 3 meter.

6) Semua pusat jagaan kanak-kanak ditutup kecuali yang pusat jagaan anak-anak yang ibu bapanya pekerja barisan hadapan atau kedua-dua ibu bapanya perlu bekerja.

7) Pusat membeli-belah ditutup tetapi penyewa yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting mungkin dibuka.

8) Solat di masjid dan surau terhad kepada 12 orang AJK masjid dan surau mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Tidak dibenarkan orang luar.

9) Pengangkutan awam tetap berfungsi tetapi berkapasiti 50 peratus

Sebarang perniagaan yang dianggap sebagai perkhidmatan penting hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Walau bagaimanapun, waktu perniagaan untuk perkara berikut mungkin berbeza:

Pasar: 6 pagi ke 2 petang
Pasar tani: 6 pagi hingga 4 petang
Pasar borong: 12 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi ke 4 petang
Stesen minyak: 6 pagi hingga 8 malam (Mereka yang berada di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam)
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 diunjurkan mencecah 13,000 kes pada 15 Jun.

Oleh hal yang demikian, katanya, PKP dalam bentuk lebih ket4t seperti yang dilaksanakan pada Mac tahun lepas, perlu dilaksanakan.

Ismail pula berkata tidak mustahil sistem kesihatan awam lumpuh sekiranya langkah sekatan pergerakan penuh tidak diambil.

“Dengan kapasiti wad/katil hospital termasuk unit rawatan rapi (ICU) yang sudah mencapai tahap maksimum, adalah tidak mustahil sistem perkhidmatan kesihatan negara akan lumpuh dalam tempoh terdekat sekiranya total l0ckdown tidak dilaksanakan”.

Sekatan pergerakan penuh dijadualkan berlangsung dari 1 Jun hingga 14 Jun.

“Tempoh dua minggu ini amat penting terutama bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak ini.

“Hanya dengan kerjasama dan disiplin, anda mampu membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh jika peningkatan kes C0v!d.19 tidak terkawal,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.