“lngat Datuk Seri Vida Tadi” – Iman Troye Disangka DSV, Nampak Sama Tapi Bukan

Selepas Iman memuat naik satu foto di Instagram beberapa hari lalu, ramai yang menyamakan penyanyi ini dengan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Dalam foto tersebut, Iman bersolek dan menukar ‘posing’ berlainan di rumahnya.

“Ingat Datuk Seri Vida tadi.” Awat aku tengok macam Datuk Seri Vida versi muda ni” Datuk Seri Vida zaman muda,” tulis netizen.

Walhal, perkongsian Iman itu hanyalah bersifat relaks dan menyeru orang ramai untuk terus berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sahaja.

“Nah OOTD versi lockdown, yang penting kita stay at home okay guys.

“Nanti dah boleh keluar kita OOTD puas puas pulak, tak sabar nak tunjuk my next OOTD untuk korang,” tulisnya sebagai kapsyen.

Pada masa yang sama, ramai juga pengikut Iman yang memuji kecantikan dan imejnya yang menarik walaupun hanya duduk di rumah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.