C0V!D: Ramai PersoaI Sejauh Mana Kejayaan Kerajaan, SekaIi Annuar Cakap Soalan lni Boleh Naikkan D4rah

Sejauh manakah kejayaan kerajaan dalam mengawal wab4k C0v!d-19, soal moderator program bual bicara dalam talian kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

“Nampaknya soalan yang boleh menaikkan suhu dan naikkan darah.

“Sebab di luar sana saya lihat banyak juga komen-komen kerajaan gagal dan khususnya g4gal menangani C0v!d.19,” jawab Annuar dalam forum anjuran Harakah Daily malam tadi.

Menurut Annuar antara petunjuk kerajaan berjaya mengawal pand3mik adalah apabila orang ramai sudah tidak lagi takut terhadap C0v!d.19.

“Bila orang tidak takut ertinya bagi sesetangah orang ini tidak wab4k. Larang pun dia buat, jangan rentas sempadan dia buat, dia tidak takut.

“Sampai kita terpaksa menggunakan kuasa-kuasa kepolisan.

“Sepatutnya bila wab4k masing-masing orang akan pertahan diri sendiri.

“Pada saya itu adalah indication bahawasanya kita berjaya mengawal wab4k sehingga dia tidak dianggap wab4k oleh sesetengah orang…

“Itu tanda kejayaan,” kata Annuar.

RM100 satu svntikan v4ksin

Ahli parlimen Ketereh itu juga membangkitkan Program Imunisasi C0v!d.19 Kebangsaan sebagai petunjuk kejayaan kerajaan dalam mengawal pand3mik.

“Bagaimana nak kata kita gagal? Dalam keadaan sekarang tiap-tiap empat hari sejuta rakyat diberi svntikan percuma.

“Setiap empat hari, berapa negara yang buat begitu?


Pemvaksinan melalui program trak v4ksin bergerak di Kuala Lumpur.
“Kiralah RM100 satu suntikan. Berapa banyak kita boleh berbelanja. Adakah itu tanda kita g4gal,” jelasnya.

Menjawab lanjut soalan moderator forum Harakah Daily itu, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta orang ramai membandingkan keadaan di Malaysia dengan negara lain, khususnya negara yang lebih maju teknologi dan sains perubatannya.

Memetik beberapa contoh, dia berkata Amerika Syarikat setakat ini telah mencatatkan hampir 35 juta kes positif termasuk 615,232 kem4tian, manakala United Kingdom mencatat lebih 4.5 juta kes dengan 127,000 kem4tian.

Ini, menurut Annuar, merupakan satu lagi petunjuk prestasi Malaysia yang baik berbanding negara-negara lain.

“Kalau tanya Malaysia berjaya atau tak, kita patut bersyukur ke hadrat Allah Taala.

“Kita tidak nafikan ancam4n besar (w4bak terhadap) negara kita, tetapi secara relatif kita sudah cukup berjaya,” katanya.

Untuk rekod, penduduk Malaysia pada 2020 dianggarkan berjumlah 32.69 juta orang, menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, AS memiliki populasi seramai 331 juta orang, manakala UK 67.8 juta orang, menurut data PBB untuk 2020.

KJ: PM bakal umum satu lagi bantuan besar ekonomi

Kerajaan akan segera memberikan satu lagi pakej bantuan ekonomi lagi, menurut Menteri Penyelaras V4ksin C0v!d.19, Khairy Jamaluddin.

Bercakap pada webinar petang ini, Khairy memaklumkan inisiatif untuk menangani d4mpak C0v!d.19 itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya yakin perdana menteri akan segera membuat pengumuman, mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar.

“(Tetapi) saya tidak mahu mendahului dengan membuat pengumuman lebih awal,” kata Khairy semasa sesi libat urus dalam talian bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sempena mesyuarat agung tahunannya yang ke-45.

Menteri sains dan teknologi itu menjawab soalan anggota dewan berkenaan yang ingin tahu apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu pemain industri yang terjejas teruk oleh kemerosotan ekonomi akibat w4bak C0v!d.19.

Menurut N Gobalakrishnan, yang juga Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), ramai majikan sudah sampai ke tahap mereka tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.

“Apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan yang boleh dikategorikan untuk membantu pemain industri?

“Kami sedang melalui zaman merudum,” katanya.

Bantuan baru itu akan menjadi pakej rangsangan ekonomi yang kelapan diperkenalkan oleh Putrajaya sejak Februari 2020, dengan svntikan dana fiskal langsung sebanyak RM77.6 bilion setakat ini (0.5 peratus daripada KDNK).

Pakej rangsangan terakhir – dikenali sebagai Pemerkasa Plus dan diumumkan pada 31 Mei – melibatkan suntikan fiskal langsung sebanyak RM5 bilion.

Bank Dunia telah mengubah unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun ini kepada 4.5 peratus, jauh lebih rendah daripada unjuran Bank Negara sebanyak 6 peratus hingga 7.5 peratus.

Bank Dunia telah memberi amaran pemulihan ekonomi Malaysia bergantung pada dasar untuk mempromosikan bantuan segera dan program sokongan yang jelas, mudah diakses dan disasarkan untuk membolehkan syarikat mengekalkan kecairan mudah tunainya.

Antara lain, Bank Dunia mengesyorkan penambahan subsidi gaji, menjadikan protok0l C0v!d.19 lebih dapat diramalkan serta mempercepat kelulusan dan pengeluaran pinjaman.

Bank Dunia berkata dalam jangka panjang, Malaysia juga perlu menjalani reformasi struktur mendalam untuk pemulihan ekonomi pasca pand3mik yang diterajui pihak swasta.

Pun begitu, kata Bank Dunia banyak perniagaan kecil dan sederhana yang ditinjau menghadapi masalah aliran tunai dan akses pembiayaan ketika zaman susah ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.