‘Saya Harap Awak Gembira’ – Zizan Beli Cincin, Bunga & Hadiah Untuk Siapa?

Pelawak terkenal, Zizan Razak mengundang seribu persoalan dan spekulasi warganet apabila memuat naik sebentuk cincin di Instastory miliknya.

Menerusi Instastory tersebut, selain sebentuk cincin sebagai kejutan, dia turut memuat naik video sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan.

Mohon semuanya berjalan lancar

   Saya harap awak gembira dengan kejutan ini, doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Menurut Zizan, dia berharap si penerima akan gembira dengan kejutan yang dilakukannya. Zizan turut memohon doa daripada netizen agar urusannya itu berjalan lancar. Di samping itu, rata-rata netizen mendakwa Zizan melakukan gimik semata-sata dan hadiah tersebut akan diberikan kepada ibu tercinta.

Terdahulu, Zizan mengakui terasa hati apabila sering menjadi ‘bahan’ netizen berkaitan hubungan cinta namun tetap mendoakan dirinya cepat dipertemukan jodoh.

Sumber: Zizan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.