“Eh Comelnyya..!”J4rang K0ngsi Wajah Anak Ke Dua,Kini Wajah Comel Ank Ummi Nazeera Cvri Tvmpuan

Pejam celik, pejam celik, macam tak sangka dah hampir tiga bulan selebriti Ummi Nazeera melahirkan cahaya mata kedua. Puteri kedua yang diberi nama Aysha Arsylia itu selamat dilahirkan pada 2 Jun lalu, malah kini membesar dengan comel dan sihat.

Bintang Gol & Gincu 2 serta isteri kepada Dr Izzar Anwari ini sememangnya banyak berkongsi informasi keibubapaan sedari sejak kelahiran anak pertama mereka, Ayra Aneesah lagi.

Ayra pun baru saja menyambut hari jadinya yang ketiga pada minggu lepas. Tersentuh membaca kata-kata Ummi yang jelas mengharapkan hanya yang terbaik untuk anak-anak tersayang.

“My first love… You have taught me so much about life. Thank you for being you. You’re so clever sayang MashaAllah, I’d give up so much for you and adik even if that means giving up my own happiness for yours.

Membesarlah dengan baik sayang Mummy…” Ummi Nazeera

Biarpun masih dikira baru melepasi tempoh berpantang, Ummi Nazeera mula kembali aktif dengan urusan hariannya sebagai ibu dan isteri di rumah.

Menyedari betapa pentingnya mengimbangi perhatian terhadap dua puteri kesayangannya, Ummi Nazeera dan suami kelihatan mencari masa dan tempat yang sesuai untuk beriadah. Kenalah jaga keselamatan juga memandangkan wabak masih aktif dalam komuniti kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Tapi paling mencuri tumpuan, tentulah wajah comel Aysha ni. Bertuah punya ibu bapa ‘good looking’, comel-comel betul anak Ummi Nazeera dan Dr Izzar kan?

Dilahirkan secara normal pada tarikh 2 Jun lepas secara normal, kelahiran Aysha jelas melengkapi kebahagiaan mereka berdua.

Comelnya Aysha, agaknya dah besar nanti ikut muka Mummy ke Daddy?

Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah, 31 tahun, merupakan graduan Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Australia manakala suaminya, Dr Izzar Anwari Izzar Anwari Abdul Khani berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-64, Ummi juga ada menitipkan sedikit pesanan buat peminatnya. Siap ‘berbalut’ Jalur Gemilang lagi tau, patriotik sungguh Ummi Nazeera semalam.

“Alhamdulillah kita Merdeka dari penjajah! Semoga kita juga Merdeka dari perkara sia-sia.

Terutama sekali di era teknologi kini. Ramai yang buat dosa di sebalik keyboard.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tanah air tercintaku, Malaysia.”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.dnq.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.