Pasangan Kekasih Berbeza Agama, Penuh Komen Kononnya Agnez Monica Bakal Masuk Islam?

Hubungan romantis Agnez Monica dan Adam Rosyadi selalu menjadi perhatian orang ramai. Bukan sahaja perbezaan usia mereka, tetapi juga perbezaan agama antara Agnez Mo dan Adam selalu menjadi perhatian.

Perbezaan agama pasangan kekasih ini juga menimbulkan pelbagai komen dari netizen. Ada yang menyangka Agnez akan memakai tudung menutup avrat  dan memeluk Islam mengikut agama Adam.

“Saya tidak dapat bayangkan jika Agnez Mo memakai hijab” komen netizen

“Semoga dapat hidayah,” tulis netizen lain.

Malah ada yang beranggapan Adam akan mengikuti agama Agnez iaitu Kristi4n kerana baru-baru ini mereka didapati ke ger3ja.

Foto: Instagram @lambe_agnezmo

Sebagai informasi, ini bukan pertama kali Agnes dikaitkan dengan berniat pindah agama sebelum bercinta dengan Adam. Namun, penyanyi lagu Tanpa Kekasihku ini tidak mahu ambil peduli dan membiarkan apa sahaja peminat bercakap pasal dirinya.

Agnez Mo percaya bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk bersuara. Tetapi kata-kata yang diucapkan juga mesti bijak. Hal ini pernah dia sebut dalam sebuah wawancara program hiburan di Indonesia.

“Kadang-kadang orang panggil ‘Aku Bebas Bersuara’. Ya, tetapi anda juga dilarang jadi bod0h. Maafkan saya,” kata Agnez Mo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ian Hotchoco (@ian_hotchoco)

Nampaknya, Agnes berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak untuk bersuara dan menyuarakan pendapat. Namun, dia menyarankan agar ia disampaikan dengan cara yang bijak.

Kononnya, Agnes mengungkapkan mesej yang mendalam ini kerana akhir-akhir ini dia menjadi topik hangat mulai dari hubungan cinta hingga isu peluk Islam.

Sebelum ini, hubungan antara Agnez Mo dan Adam Rosyadi dikhabarkan akan menuju ke tahap yang lebih serius.

Khabar angin mendedahkan bahawa Adam dan Agnez akan segera membawa kisah cinta mereka ke tahap perkahwinan. Namun, belum ada komen dari Agnez Mo mengenai fasa seterus hubungannya dengan Adam Rosyadi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.