Sebelum Ni Makcik Bawang Kec4m Tak Pandai Didik Anak, Sekali Che Ta Muatnaik Video Ni, Terdiam Semua Makcik Bawang

Si cilik comel anak kepada pasangan pelakon yang berada di kelasnya tersendiri diberi nama Aisyah Dhia Rana ini sering sahaja mencuri perhatian ramai. Lihat sahaja video anak kecil ini membesar, cukup bijak dan comel sekali.

Manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, lihat sahaja ibunya yang sentiasa tampil cantik tidak ke mana juga di mana dia berada. Anak kepada Rozita Che Ta dan Zain Saidin ini sememangnya memiliki peminat tersendiri.

Di Instagram milik si cilik ini ada 1.6 juta pengikut membuatkan dia antara anak selebriti yang memang sering mendapat perhatian umum. Terbaru video anak Che Ta, Aaisyah baca surah yang dimuat naik di laman sosial tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman itu, Aaisyah yang memakai telekung berwarna merah nampak khusyuk membaca ayat suci Al-Quran tersebut. Berikut adalah rakaman Aaisyah baca Surah yang dimuat naik di Instagram miliknya:

Ini bukan kali pertama, sebelum ni Che Ta juga pernah muatnaik video Aaisyah mengaji.

Alahai bijak betul! Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 121 ribu tontonan dan 17 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Subahanallah…Perut auntie pulak rasa sejuk tengok kamu baca surah..Tahniah Che Ta didik Aishah balance dunia akhirat”
Aaisyah pandai baca surah 3
“Comel, cerdik…Moga jadi anak solehah…Amin”
Aaisyah pandai baca surah 2
“Comel semua pandai dia”
Aaisyah pandai baca surah 1

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.