Ditanya soal anak, Haris Ismail mohon doakan

PETALING JAYA – “Bunga-bunga (anak), Insya-Allah ada, doakan yang terbaik.”

Itu jawapan ringkas suami selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail apabila dias4k soalan berkaitan keh4milan isterinya oleh aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual siaran langsung, Sembang Viral malam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Temu bual yang membicarakan tajuk mengenai hijab dan hijrah mencvri perhatian umum apabila Rosyam bertanyakan soalan adakah Haris dan Neelofa bakal menimang cahaya mata.

“Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Rosyam kepada Haris secara spontan.

Tidak menafikan atau mengesahkan pertanyaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu hanya memohon orang ramai mendoakaan dirinya dan isteri.

“Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris ringkas.

Walaupun tiada pengesahan, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dengan jawapan Haris sekaligus ruangan komen dib4njiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Neelofa.

Sebelum ini, khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP berkenaan sedang hamil bertiup kencang selepas terdapat dakw4an ‘baby bumpnya’ mula kelihatan dalam beberapa foto yang dikongsi.

Sehingga kini, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakw4an ramai tersebut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.