Tak Sempat Rakam Lagu Duet, Shuib Kongsi Video Nyanyian Bersama Siti Sarah – ‘Lagu Ini Bermakna Buat Kami’

Shuib menerusi akaun Youtube miliknya ada berkongsi satu video kenangan bersama Allahy4rham Siti Sarah ketika mereka mendendangkan sebuah lagu berjudul ‘Sampai Tua’.

Lagu sangat bermakna buat arw4h

Menurut Shuib, momen bersama Allahy4rham isterinya itu dirakam pada 20 Mac 2020 yang lalu di kediaman mereka. Pada ketika itu, pasangan ini sedang mendendangkan lagu Sampai Tua sementara seorang lagi individu iaitu Aidid Alfian yang merupakan pemilik lagu berkenaan sedang bermain gitar.

Lagu ini ada cerita tersendiri yang sangat-sangat bermakna buat saya dan arw4h.

Bercerita dengan lebih lanjut, Shuib memaklumkan dia dan isteri sudah mendengar lagu tersebut hampir 11 tahun lalu iaitu sebelum mereka berkahwin lagi dan pada tahun lepas, mereka bercadang untuk merakamkan lagu ini sebagai lagu duet mereka berdua.

Lagu ini kami dah dengar 11 tahun yang lalu dan tahun lepas pada 20 Mac 2020, pemilik lagu Aidid Alfian datang ke rumah untuk ambil key saya dan arw4h sebab memang kami bercadang untuk jadikan ini lagu duet kami. Tapi Allah SWT Maha merancang. Lagu ini tak sempat di record. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Video penuh

 

Shuib turut berkongsi video yang sama di Instagram dan ianya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata daripada mereka mengakui sangat merindui suara, gelak tawa serta celoteh Allahyarham.

Sumber: Shuib Sepahtu, Shuib Channel

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.