Comelnya Zaelynn Rosa, Anak Dato’ Seri Eizlan Dan Datin Seri Sasha Kini 5 Bulan

Alahai, comelnya cahaya mata Dato’ Seri Eizlan Yusof dan Datin Seri Natasha Rosa! Telatah comel Zaelynn Rosa yang dikurniakan kulit cerah serta pipi gebu kemerahan nyata mencuit perhatian peminat pasangan selebriti romantis ini. Yang pasti, Zaelynn mewarisi gen cantik daripada kedua-dua ibu bapanya.

Selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital UMRA, Shah Alam pada 13 April lalu, Zaelynn merupakan anak keempat Dato’ Seri Eizlan dan zuriat pertama Datin Seri Natasha atau lebih dikenali sebagai Datin Seri Sasha.

Mengimbas kembali momen kelahiran Zaelynn, bayi perempuan comel ini selamat dilahirkan dengan berat 2.98 kilogram. Kelahiran Zaelynn turut menarik tumpuan ramai apabila Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tersebut mengenakan baju yang sama ketika menyambut kelahiran ketiga-tiga anaknya sebelum ini.

Ded4h Dato’ Seri Eizlan di media sosial miliknya, “Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya, Vie Zaara Khan, Zareef Yusof dan Vie Zaalia disambut bersama dengannya.”
13 September lepas genap lima bulan usia Zaelynn Rosa.

Seperti kakak dan abangnya, Zaelynn juga tidak terkecuali menjadi bualan peminat kerana kecomelan yang dimiliki. Malah, 20 Ogos lalu Zaelynn sudah pun mempunyai akaun Instagram sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zaelynn.rosa

Tak sampai sebulan dan baru memuat naik 20 posting, Zaelynn sudah mempunyai hampir 30 ribu followers! Daripada perkongsian video dan gambar terbaharu, jelas kelihatan betapa sihat dan cerianya bayi ini.

Dato’ Seri Eizlan Yusof menamatkan zaman dudanya bersama Datin Sri Natasha Rosa Boudville dalam majlis pernikahan serba indah di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada tanggal 12 Disember 2019.

Datin Natasha merupakan wanita cantik berketurunan Serani yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. Beliau memeluk Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar pelakon kacak tersebut pada September 2019.

DW mendoakan agar Dato’ Seri Eizlan dan Datin Seri Sasha dikurniakan kesihatan yang baik di samping menikmati kehidupan lebih bahagia di samping cahaya mata mereka, Zaelynn Rosa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber:Nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.