“Tak sanggup bayangkan jika makcik ni ibu kita” – Seb4k Betul Bila Pemuda Ni Tanya Dia Pasal Anak

Kegigihan seseorang itu boleh diukur apabila melihat kepada usahanya. Jika mengayuh basikal berkilometer jauhnya setiap hari demi mencari sesuap nasi, itu adalah kegigihan yang nyata. Mengayuh basikal sambil menjaja kuih.

Kehidupan kita tak selalu indah, jika sesekali kita diuji dengan kemiskinan maka kita akan berusaha sedaya upaya walaupun ianya membuatkan kita berhempas pulas setiap hari. Kisah seorang warga emas yang dikongsikan di laman instagram @videodakwah.my benar2 membuka mata.

Kecekalan mak cik tersebut seharusnya dipuji, diusia emas 50 an tetapi masih lagi mengayuh basikal menjaja kuih sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) di kelantan seharusnya membuka mata kita bahawa masih ramai insan2 yang susah.

Video tersebut dimuatnaik oleh seorang pemuda yang melalui jalan raya dan melihat mak cik itu berehat di tepi jalan kerana keletihan. Bila ditanya katanya baru habis menjaja kuih dan sangat bersyukur kerana hasil jualannya habis untuk hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Video Dakwah (@videodakwah.my)

Apabila ditanya tentang keluarga beliau terutama anak2nya, beliau menolak untuk membicarakannya dan sedih jika bercakap tentang anak2nya. Sayu hati melihat warga emas yang sudah berusia, mengayuh basikal dan sesekali keletihan, berehat di tepian jalan.

Sepatutnya di usia sebegitu, seharusnya beliau berehat dan menikmati hidup bukannya menjaja untuk sesuap nasi. Realiti kehidupan kini, masing2 tidak mempedulikan kesusahan insan lain. Semoga mak cik tersebut terus cekal dan berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Komen Netizen: